Benda ni tak lawak, netizen tak gemar foto besen Fadzil Zahari

2,813 views

Ramai yang dah tahu tentang isu Nonny Nadirah muatnaik foto wanita di dalam besen merah berisi air baru-baru ini.

Kes berkenaan menjadi viral dan ramai rakan Nonny yang terkejut dengan foto berkenaan.

Namun lain pula jadinya buat adik kepada Farid Kamil yang juga suami kepada Yana Samsudin iaitu Fadzil Zahari.

Melalui laman IG, Fadzil telah muatnaik satu foto menunjukkan dirinya dan isteri berendam di dalam besen merah, seakan besen yang sama dengan Nonny.

Walau Fadzil tak ada sebut nama sesiapa, namun rata-rata netizen berpendapat ianya satu memes kepada isu Nonny memandangkan gambar besen yang digunakan.

Ini caption dari Fadzil Zahari: “Mahu romantika di persisir pantai tidak boleh rentas negeri, jadi kita rai sekadar yang mampu saja. Air haruman lavender ni kami bancuh sendiri.”

Photo tersebut lantas menarik perhatian para netizen sehingga mengundang begitu banyak komen.

Kemudian setelah ramai yang menulis komen tak berapa suka dengan foto berkenaan, ini pula komen Fadzil Zahari: “Salam Jumaat kepada semua. Bahagian mana photo ini yang mengaibkan orang? Tiada aurat siapa pun dalam photo ni, tiada sebarang nama sesiapa pun di sini.”

Ini antara komen dari netizen yang dilihat kurang senang dengan gurauan dari Fadzil Zahari.

Macam kenal dengan foto besen tu. Curi besen dari Nonny ke. Pandai korang melawak, tak tahulah saya mahu sedih ke nak ketawa.”

Benda ni tidak lawak, tolong delete. Takut perli tetiba nanti terkena diri sendiri pula. Mungkin ini ujian untuk dia.”

Fadzil, org tau gambar asalnya, oleh itu ini dah seperti auto menyindirlah namanya, hati ni boleh nak bolak balik kat sesiapa ja, kita tak tahu apa akan jadi pada kita di masa depan.”

Buat-buat tak tahu pula, annoying sungguh kan bila acah-acah tak paham, isu ni tengah kecoh kot.”

Apapun, kita sama doakan agar Nonny Nadirah baik-baik sahaja keadaannya, tentang Fadzil Zahari ni kita tak tahu niat sebenarnya, oleh itu kenalah bersangka baik sahaja ye.