Beza merajuk dan dah tawar hati, Aliff Syukri jawab disoal tentang perkahwinan

3,919 views

Kisah rumah tangga antara Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahidah kini sedang jadi tumpuan. Malah telahpun bertebaran banyak berita tentang perkahwinan mereka yang dikatakan sedang dilanda badai. Paling mengejutkan Datin Shahida dikatakan telah pun failkan permohonan untuk berpisah.

Berkata di laman Ig story miliknya, Aliff berkata, dia tak boleh nak cerita lanjut tentang isu rumah tangga nya itu.

Ini komennya: “Permohonan fail cerai? Soalan tentang hal itu ramai yg tanyakan pada saya dan mmg tidak sangka jadi viral, tapi bukan saya yg viralkan nya. Saya rasakan soalan ini tidak patut ditanya kerana sebenarnya bukan saya yang tuntut dan failkannya.

“Ya saya akui saya terkejut akan tetapi harap semua doakan yang baik saja. Soal hati dan perasaan ni mmg tidak boleh nak dipaksa.

“Merajuk? Tidak merajuklah. Banyak beza merajuk dengan tawar hati, saya rasa cukuplah, saya pun tak mahu mengata orang”.

Dakwaan tentang mereka tak tinggal sebumbung juga memang sedang jadi pertanyaan. Namun, walau dah tinggal berjauhan dengan isteri, Aliff Syukri memberitahu dia masih jumpa dengan anak-anak mereka.

Aliff Syukri juga akui bahagia dengan kehidupannya dan kini hanya mahu fokus pada perniagaan.

“Saya tidak mahu klarifikasi hubungan kami beruda akan tetapi apa yg boleh diberitahu, bahawa saya bahagia dengan apa yang saya sedang dilalui, tidak perlulah nak kutuk sesiapapun.

“Kalau ikutkan, saya mmg selalu balik jumpa anak-anak saya dalam dua minggu tiga kali atau seminggu sekali, cumanya saya taklah update di Instagram, tak semua saya akan update.

Ini pula jawapan dari Aliff Syukri apabila di tanya jika dia nak cari pengganti.

“Cari pengganti? Saya tidak ada terfikir lagi kerana yang ada ni pun baik. Kalau nak cari sebagai kawan bolehlah tetapi untuk lebih-lebih buat sementara ini tak nak la kot, fokus kat bisnes”

Pasangan popular ini bernikah pada tahun 2007 dan sepanjang 13 tahun hidup bersama, Aliff Syukri dan Shahida telah mempunyai lima orang anak bernama Ammar Ahyan, Qadejah, Ibraheem, Yusoff Al Qardawy dan yang terbaru ialah Raudhah Arshiyah yang baru berumur 4 bulan. Mereka juga ada ambil anak angkat untuk dijaga.