“Biarlah dugaaan datang mencuba.. jangan ambil hak orang” Stacy

3,953 views

Stacy merupakan penyanyi tersohor Malaysia, dan dia telah mendedahkan bahawa suaminya iaitu Akim Ahmad berasa terkilan apabila Akim tak dapat nak bagi hadiah hari jadi Stacy yang ke-29 pada Ahad lepas.

Artis ini yang namanya telah ditukar kepada Ummu Syaikhah Stacy Anam, menjelaskan bahawa dia sentiasa bersyukur serta anggap kehidupannya kini lebih bermakna dengan ada suami serta anak-anak di sisi.

“Dia seedih tiada apa yang dapat diberi sebagai hadiah hari jadi saya hari itu. Hari-hari pun awak dah bagi saya kehidupan yang bermakna untuk kenangan kehidupan saya.

“Saya bersyukur sangat. Alhamdulillah, awak dan anak-anak adalah hadiah yang cukup untuk saya senyum dan bersyukur setiap hari.

“Biarlah dugaaan dan ujian datang mencuba kita ni dijadikan iktibar dalam kehidupan untuk menjadi manusia yang lebih teliti dan berfikiran rasional lepas ni”

Pasangan penyanyi popular ini telah mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016 dan mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Eshaal (2 tahun) malah mereka turut mempunyai seorang anak angkat yang bernama Bella yang kini dan berumur 7 tahun.

Menurut Stacy, harta kekayaan boleh dicari tetapi dia turut mengakui bahawa bukan mudah untuk menemui dengan pasangan yang dapat menjalani kehidupan yang tenang serta gembira bersama-sama.

“Duit boleh dicari Insya-Allah tpi kehidupan yg harmoni dn dpat senyum bersama org yg ikhlas berjuang bersma kita tu bukn sng.

“Dan kita syukur dgan org yg ada di dlam lingkungan tu Alhamdulillah, terima kasih utk lagu Yang Satu awak tujukan utk sya tu yang.

“Terasa seperti bidadari cantik pula bila kena tuju lagu ke kita ni. Siapa yang sudah dengar lagu Yang Satu dari Akim the Majistret hari itu? Sweet untuk buat penghargaan bini-bini (isteri) kan.

“Tak payah handbag bagai utk saya, cukuplah utk jiwa emas yang awak berikan pada saya selama ni. Alhamdulillah”

Stacy juga turut memberi nasihat kepada semua para pengikutnya di laman sosial agar sentiasa bersabar dalam melayari ujian kehidupan berumah tangga.

Malah Stacy juga ingatkan kepada semua agar jangan nak ambil hak orang, dan ini mungkin berkenaan berkahwin dengan mereka yang dah ada pasangan.

“Bila kita selalu mengalah dn bersabar tu tak makna kita nk jdi org bdoh tpi cukup utuk kita nk ckap kita tenang saja. Hidup kena positif dn harmoni.

“Buang air yg keruh dn tukar air yang dh ada penapis. Yg penting kena selalu saling mengingati antra satu sma lain.

“Insya-Allah cepat atau lambat kita pasti dpt impian kita sama-sama asalkan kta sentiasa ikhlas mencari rezeki yang halal dn jgan ambil hak org”