“Bonggok la kau ni, benci mak dengar kau nyanyi” Komen ibu Aliff Syukri

7,308 views

Datuk Seri Aliff Syukri pernah keluarkan lagu raya berjudul Jom Raya pada tahun 2019. Lagu itu boleh tahan sedapnya dan menjadi viral juga ketika itu.

Tahun ni nampaknya Aliff Syukri tampil dengan satu lagi lagur raya yang baru.

Menerusi satu kenyataan, Aliff Syukri bertekad untuk keluarkan lagu raya yang baru setelah dia arasa ramai yang rindu kesedapan nyanyiannya.

Berapa ramai rakyat Malaysia yang tak sabar nak dengar saya nyanyi. Pada hari ini saya dah ada di studio untuk rakaman lagu raya. Berkat sokongan semua peminat setia yang amat rindui saya, hari ini memang dah terbukti suara saya jadi igauan rakyat Malaysia. Mereka semua memang suka.”

Untuk pengetahuan semua, lagu raya baru ini berjudul La La Raya 2021 hasil ciptaan Amy Ukays dan lirik oleh isteri Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahidah.

Memberi pandangan ikhlas, ibu kepada Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim telah jujur mengatakan dia memang tak suka melihat anaknya itu nak keluarkan lagu sekali lagi.

Kri oh Kri, sudah-sudahlah menyanyi, bonggok la kau ni. Benci betul mak tengok kau menyanyi, memang sumbang dan habis tunggang-langgang.”

Kau ni memang suka nak buat orang marah, kau tu tak kaya sebab menyanyi, saja nak jadi bahan orang. Apapun mak bersyukur, kau tak menyanyi dengan jejadian.”

Bosan setiap tahun asyik nak keluar lagu raya, memang hati kebal budak ni, malas nak layan dah.”

Komen dari ibu kandung Aliff Syukri itu ternyata membuatkan ramai netizen terhibur selain setuju dengan Bonda Rozita bahawa suara Aliff Syukri tak sedap dan mempunyai hati yang keras.

Ramai juga buat kesimpulan sendiri setelah Bonda Rozita syukur sebab Aliff Syukri tak nyanyi bersama dengan individu dilabel jadian, siapakah agaknya ye.

Apapun, Aliff Syukri ada membalas mengatakan dia amat yakin dengan lagu ini dan akan masuk Anugerah Juara Lagu.

Selain Bonda Rozita, anak kepada Aliff Syukri turut ada menulis yang meminta ibunya iaitu Datin Shahida bersabar sebab dia pun kena paksa dengar nyanyian ayahnya itu.

Kita tunggu nanti lagu terbaru dari Aliff Syukri.