Buang ego, jangan jadi macam mak tolonglah

4,769 views

Baru-baru ini memang ada berita seperti memperlihatkan ada masalah dalam perkahwinan Dato Aliff Syukri dan juga isterinya Datin Shahida. Ramai yang terkejut juga dengan perkara ini.

Apabila isu ini jadi bualan ramai, ibu Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim telah memberi nasihat di laman IG buat anak-anaknya.

Ini tulis bonda Rozita Ibrahim di laman IG miliknya: “Jangan sampai salah benda nak kejar. Takutlah dunia yang hanya tipu sebab tu jangan kejar dunia sangat. Yang kita tak sedar, kita tak cari hidayahnya. Wajah ceria kami yang sangat sayang keluarga, kisah suka duka semua saya ajar pada Ida (Nur Shahida).

“Jangan salah fokus ketika hidup, ia amat siksakan sebab tak pernah cukup. Dan pada akhirkan kita mungkin kaya harta tapi miskin (pada hak untuk diri, keluarga serta anak yang lebih berharga).

“Rumah hutan, asalnya sepi hanya ada hutan. Datang seni, bonda ditouch up, dijaga indah dan akhirnya rumah hutan membangun. Benda buruk boleh baik, benda baik pun boleh buruk.

“Macam tu juga perkahwinan, kalau buruk hodoh macam mana pun, kalau dibaja siram ditebas mana patut cantik lah balik kan gitu anak ku @aliffsyukriterlajaklaris @shahidadherbs @yatie_sendayutinggi. Mak doa kebahagiaan anak-anak mak. Jangan lah lalui macam mak, tolonglah

Pesanan jangan jadi macam mak itu, berpadanan dengan kisah hidup bonda Rozita Ibrahim yang telah bercerrai dengan suaminya dan kini merupakan ibu tunggal.

Dalam pada itu, Rozita Ibrahim ada berkongsi tips untuk rumah tangga dan kehidupan agar jadi lebih baik. Antaranya ialah buang ego, solat, baca Quran, dan bina hubungan yang baik sesame keluarga dan manusia.

Ini pesanan Rozita Ibrahim lagi: “Buang sikap angkuh kerana itu selendang iblis, Kenapa nak kawan dengan iblis yang jahat banyak helah berbisik pad ahati kita untuk pecahkan kedamaian.

“Sifat ihsan sesama manusia ialah sayang, ianya amat murni dengan perhatian dan pelindungan. Kemaafan dan mulakan rumah dengan sering membaca surah AlBaqarah.

“Solat tu makanan roh, hidup dgn islam jawaban utk kedamaian. Santuni ahli keluarga dan juga dengan manusia, ianya tak perlu modal besar.