Buanglah perangai dulu wahai Sharnaaz

14,117 views

Pelakon popular menerusi rancangan Juvana, Sharnaaz Ahmad kini sedang diperhatikan umum susulan kes rumah tangganya. Perkahwinan dengan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila sedang retak menanti belas dan ianya sedang dibicarakan di mahkamah.

Dalam meredah dugaan yang agak berat ini, Sharnaaz sesekali ada meluahkan rasa hatinya di laman media sosial. Yang terbaru, melalui satu post di akaun Twitter miliknya, Sharnaaz Ahmad ada menulis telah terlepas untuk melihat perkembangan anaknya di depan mata.

Kemudian Sharnaaz ada upload persoalan tentang kenapa tidak ada musibah yang melanda kepada individu yang suka aniaya orang lain.

Pertanyaan Sharnaaz adalah kenapa Tuhan tidak beri bala buat golongan yang dilabelnya sebagai patut kena ujian dari Nya.

Ini tulis pelakon Encik Sotong ini: “Selalu ak tertanya-tanya mengapa Allah tidak berikan bala kepada mereka yg telah aniaya diri kita ni. Tetapi jawapannya ada juga kat kita. Maybe sebab Allah mahu kita redha dan belajar daripada kesalahan manusia yg lalu, itulah balasan paling mujarab untuk mereka”

Luahan Sharnaaz itu mendapat banyak respon dari netizen, dan ada beberapa reply dari netizen yang mendapat perhatian dari Shrnaaz. Ini antara respon dari netizen yang kembali menasihati Sharnaaz.

“Sabar Sharnaaz. Kami selalu ada dengan Naz and Jebat. Biarkan mereka terus begitu. Cuma satu pesan abang kepada Sharnaaz. Buanglah Naz yang dulu. Sharnaaz yang selalu marahkan orang lain walapun sebenarnya tak ada kena mengena dengan Naz. Ingat kan, bila Jebat tengah sakit, Sharnaaz minta doa dari semua. Manalah tahu, salah seorang yang doakn Jebat adalah org yang pernah Sharnaaz mrh dulu.

“Sebenarnya apa yg mereka lalui setiap hari, sebenarnya itu adalah hukuman utk mereka. Hidup masih terkejar-kejar dunia. Masih tak lagi cukup dengan apa yang mereka ada. Dunia terus jadi kebanggaan mereka. Nampak macam gembira tapi hakikatnya mereka adalah yang paling derita. Itu lah balasan Allah buat mereka.

Komen-komen tersebut telah mendapat respon balas dari Sharnaaz Ahmad yangtelah ucapkan jutaan terima kasih kerana bagi nasihat kepada dirinya.