“Buat masalah, dapat pahala berganda-ganda, rujuk ustaz mana?” ~ Prof Ridhuan Tee

4,285 views

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee tampil mempersoalkan satu kenyataan yang sedang viral iaitu mengumpul pahala akibat isu yang melanda oleh seorang artis.

“Betulkah akan dapat kumpul pahala berganda-ganda pada 10 malam terakhir disebabkan masalah yang hanya dicipta oleh diri sendiri?” Tulis Prof Ridhuan Tee.

Ridhuan Tee membuat pertanyaan ini menerusi laman Facebook miliknya.

Bekas pengacara rancangan Pencetus Ummah ini juga ada bertanya, kenyataan dapat pahala berganda ini ustaz atau ilmuan agama mana yang cakap.

“Saya teruja tentang isu dari pandangan seorang artis tentang majlis yang dibuat olehnya sendiri, namun apabila menjadi viral dan timbulnya masalah, sedap dia berkata, akan terima pahala berganda-ganda kerana dugaan majlis berkenaan.”

“Artis ini rujuk ustaz mana tentang pahala berganda-ganda ini, Saya juga mahu tahu nama ustaz berkenaan untuk saya soalnya dengan lebih lanjut.”

Bagi Ridhuan Tee, perkara seperti ini seharusnya dihentikan oleh mereka yang sedang menerima masalah atau diduga.

“Diri sendiri yang buat isu, akhirnya sendiri pula yang mengaku dapat banya pahala berganda, guna nama ustaz. Budaya macam ini kena stop.  Petik nama ustaz untuk selamatkan diri adalah satu perkara yang tak berapa molek.”

Selain itu, Ridhuan Tee turut mengatkan jenis dugaan ini ada bezanya dengan dugaan yang dicipta sendiri dan dugaan dari Allah, hanya Tuhan saja yang tahu.

“Dugaan yang dicipta oleh diri sendiri, berbeza dengan dugaan sebenar, yang mana hanya Tuhan saja yang tahu. Orang lain beranak juga, tetapi tidaklah seriuh seperti ini.”

Pesanan Ridhuan Tee adalah menghentikan sebarang publisiti dan tak perlulah nak ceritakan semua hal kepada orang ramai.

“Pesanan dari saya, harapnya dapatlah hentikan budaya untuk mencari publisiti ini. Tak semua benda kena beritahu kepada khalayak. Jika dah terjadinya isu, jawapan dugaan, dan dapat pahala berganda-ganda. Sebenarnya siapa yang cakap dan rujuk pada siapa.”

Walaupun tidak menyebut nama Siti Nurhaliza, namun hanya penyanyi ini yang ada sebut tentang pahala berganda ini, ini kenyataan Siti sebelum ini.

Itulah kenyataan dari Prof Dr Ridhuan Tee seorang ahli akademik yang disegani ramai.

Share this on...