Buka telekung lepas mengaji, hanya pakai singlet, Reen Rahim ditegur family

2,838 views

Sekarang ni memang diketahui para artis tanah air sering buat content video di laman media. Ada yang buat di Facebook, Tik Tok, Instagram dan Youtube.

Begitu jugalah dengan pelakon Reen Rahim yang mempunyai laman media sosial yang ramai followernya.

Reen Rahim selalunya akan upload video bersama keluarganya terutama ketika musim perintah kawalan pergerakkan ketika ini.

Antara aktiviti yang sering dilakukan bersama family ialah mengaji.

Baru-baru ini, Reen Rahin ada menunjukkan ibunya mengajar dia dan adik beradiknya mengaji.

Telatah Reen Rahim yang nakal sering membuatkan ibunya menjadi tegas ketika mengajar dan ini mencuit hati penonton.

Namun ada satu video yang telah mencetuskan sedikit isu. Ini apabila Reen Rahim dilihat telah menanggalkan telekung selepas mengaji dan ternampak dia hanya memakai singlet, pakaian yang agak terdedah.

Antara insan yang menegur hal berkenaan ialah bapa saudara Reen dan juga ibunya.

Melalui satu mesej whatsapp, bapa saudara Reen bernama uncle Mir berkata, tak elok menunjukkan part video Reen menangalkan telekung itu.

“Salam dik, boleh tak potong bahagian video ini. Sebabnya ada di depan Quran, nanti apa pula orang akan cakap.”

Kemudian ibu Reen pula ada mesej Reen dan memaklumkan hal yang sama.

“Teguran untuk mendidik, kita ambil dan ikut. Ibu pun ada terdetik benda yang sama tadi.”

“Allah kasihan kat ibu, oleh itu telah menggerakkan hati uncle Mir untuk tegur bagi pihak ibu.”

“Potong video tu ye dik, jangan sebab kesilapan ini akan dimurkai oleh tuhan. Depan Quran wajib jaga adab.”

Reen Rahim akur dengan teguran-teguran dari bapa saudara dan juga ibunya itu dan telah delete video berkenaan.

Ini tulis Reen: “Alhamdulillah, syukur ramai yang telah tegur dan ini makna nya dorang semua sayang. Reen mohon maaf pada semua.”

Reen telah memadam video lama dan telah upload video baru tanpa menunjukkan dirinya membuka telekung.