“Bukan nak cakap yang saya boleh dipegang-pegang oleh semua pelakon laki” – Intan Najuwa

4,466 views

Sebagai seorang pelakon, Intan Najuwa selalu upload foto dengan pelakon lain, terutama untuk promo drama terbaru lakonannya. Kalau dah jadi pelakon utama, Intan Najuwa akan bergambar bersama dengan pelakon utama lelaki yang lain.

Tapi foto bersama pelakon lelaki yang lain itu selalunya ada adegan yang kurang manis untuk seorang wanita yang bergelar tunangan orang.

Sebelum ini ada adegan Intan Najuwa kena dukung dan diangkat dibahagian ketiak oleh pelakon Idris Khan. Yang terbaru, Intan Najuwa bergambar dengan Zul Ariffin dan Zul telah meletakkan tangannya di peha Intan Najuwa.

Melihat perkara ini, netizen agak hairan dan persoalkan perbuatan itu, kerana boleh saja kalau tak muat naik gambar bermesra seperti itu ketika bergambar dengan pelakon lain apatah lagi kalau dah ada status tunangan orang.

Ramai yang tanya, tuning Intan Najuwa tak marah ke dengan adegan macam tu. Malah ada netizen yang mengatakan Intan Najuwa ni macam senang disentuh dan dipegang lelaki lain.

Melihat komen seperti ini, Intan Najuwa telah memberi respon balas, dan dia berkata, dia masih masi tahu batasan bila dengan pelakon-pelakon lelaki lain

Katanya, dia upload foto dengan Zul Ariffin itu hanya sebagai tugasan untuk promosi drama Setelahku Dimiliki yang bakal ditayangkan tak lama lagi.

Tambah, Intan Najuwa, dia melihat perkara ini hanya diperbesarkan oleh para netizen dan ianya bagaikan netizen yang nak lagakan hubungan dia dan tunangnya.

Namun, Intan yang baru berumur 22 tahun berkata, dia tak terkesan dengan komen netizen itu

Ini penjelasan Intan Najuwa: “Drama ini adalah utk hiburkan semua orang, tidak ada kena mengena dgn tunang saya. Semua yg sy buat dah dapat persetujuan dari semua pihak. Keluarga serta tunang sy okay. Yg jadi mslh sekarang ini adalah komen netizen yg cuba lagakan hubungan sy dgn tunang”.

Diimbas kembali, Intan Najuwa bertunang dengan Razrul Anwar Rusli, pada 18 Ogos lalu di Thistle Hotel, Johor Bahru. Razrul merupakan ahli perniagaan berumur 38 tahun dan dikatakan ada kereta mewah Ferrari.

Share this on...