“Bukan saya tak nak ajar tapi” Ramona Zamzam tak cakap Bahasa Melayu dengan anak

4,036 views

Bahaya Melayu merupakan bahawa ibunda rakyat Malaysia. Namun pelakon Ramona Zamzam akui buat masa kini, dia dan suami memilih untuk tak guna bahasa Melayu ketika berbicara dengan anaknya, Ivanna Alashkar.

Ramona Zamzam memberitahu dia ada sebab tersendiri kenapa dia berbuat sedemikian. Melalui satu posting di laman Instagram, Ramona berkata hal ini dibuat atas saranan pihak doctor.

Jelasnya, buat masa sekarang, anaknya itu belajar di tadika Cina dan menggunakan bahawa mandarin dengan cikgunya. Kemudian, ayahnya pula menggunakan bahasa Arab dengan anaknya itu. Dan patutnya Ramona akan bercakap bahasa Melayu dengan anaknya.

Namun, doctor mengatakan, takut anaknya itu confuse, maka lebih baik Ivanna tak didedahkan dengan bahasa Melayu buat masa sekarang.

Ini penjelasan lebih lanjut dari Ramona Zamzam tentang hal ini.

“Ada ramai yang tanya dan nak tahu sama ada anak saya Ivanna paham tak Bahasa Melayu. Jawapannya, dia tidak paham. Ini sebenarnya atas saranan pihak doktor.

 “Ketika berinteraksi dengan Ivanna, ayahnya cakap bahasa Arab. Kemudian Ivanna masuk tadika Cina, oleh itu teacher dia cakap Mandarin. Saya pula dulu cakap dalam Bahasa Melayu dan English kat rumah, namun doktor bimbang gusar nanti Ivanna jadi keliru.

“Kalau ikutkan, bahasa utama saya dan suami kat rumah guna English. Doktor cadangan agar satu orang hanya cakap satu bahasa saja pada anak, jadi saya kekal dengan Bahasa Inggeris untuk elak kekeliruan”.

“Ini bukan sebab saya taknak ajar anak cakap Bahasa Melayu. Dulu, saya bangga nak cakap yang subjek Bahasa Melayu memang selalu dapat skor gred A, walaupun saya study kat sekolah Cina.

“Dan saya percaya, kalau dah duduk kat Malaysia, seratus peratus yakin nanti Ivanna akan fasih cakap bahasa Melayu.”

“Memang kadangkala ada juga saya cakap Melayu, tetapi sebenarnya saya fokus kepada English bila cakap dengan Ivanna.”

Ramona Zamzam merupakan antara selebriti yang hadir menerusi racangan Dewi Remaja. Pelakon ini disatukan dengan warga Palestin iaitu Rami Alashkar pada tahun 2015 dan menerima kehadiran Ivanna Alashkar pada tahun 2017.