“Bukan tumpang, dah sedap belah” Tulis Ali Puteh, ini respon Man

32,387 views

Juara Maharaja Lawak Mega, itulah title yang disandang oleh kumpulan pelawak Puteh. Ketika menjadi juara, kumpulan ini disertai tiga ahlinya iaitu Ali, Mamak dan Man Raja Lawak.

Selepas menang, Man Raja Lawak jadi viral beberapa kali kerana tindakannya yang suka menderma kepada mereka yang memerlukan terutama ketika waktu PKP.

Man juga dilihat kini dilihat sedang cuba sedaya upaya mengamalkan hidup yang sihat dan kelihatan lebih kurus berbanding penampilan ketika di pentas maharaja lawak mega.

Sementara itu, Ali pula dilihat sering jadi bualan hangat melibatkan kesnya dengan Hidayah, iaitu balu kepada arwah Abam. Memang dah lama tak dengar tentang perkembangan terkini kumpulan Puteh ini.

Namun baru-baru ini, ada satu entry dari Ali Puteh di laman media miliknya yang menimbulkan persoalan.

Ali upload sekeping gambar bersama Mamak, berdua sahaja dan captionnya juga agak lain dari biasa. Ianya tentang persahabatan.

Ini caption yang dituls oleh Ali: “Bermula begini dan berakhir juga seperti ini. Ini barulah namanya brotherhood. Bukan tumpang, lepas tu dah sedap belah. Insyaallah akan datang

Melihat caption berkenaan, ada peminat yang bertanya adakah ianya ditujukan kepada sesiapa termasuklah Man Raja Lawak. Namun Ali berkata tak ditujukan pada sesiapa, hanyalah lirik lagu.

Itu adalah lirik lagu, tengah tulis lagu ni” Itulah yang dituls oleh Ali menjawab pertanyaan seorang follower.

Entry itu kemudian telah dilihat oleh Man Raja Lawak setelah ada peminatnya yang kongsi dan tag Man menerusi Instastory.

Man kemudian upload di laman Instastory miliknya dan mengatakan tak percaya Ali menulis seperti itu. Ini tulis Man: “Sekammer kot, takkanlah Ali nak tulis macam gitu, adik Ali baik orangnya”.

Kemudian ada juga yang menunjukkan kepada Man bahawa ayat itu telah diedit yang mana ayat awalnya ada menulis tenatng ular dan kawan.

“Mula begini akhir begini, tulah brotherhood. Bukannya tumpang, bila dah sedap belah. Lepas itu mula gah, akulah manusia humble dan hebat.

“Jika di hutan jumpa kawan dengan ular tu, tekam kawan tu dulu. Sebabnya bisa kawan tu lebih tajam dari ular”.

Kumpulan Puteh muncul juara dalam Maharaja Lawak Mega 2019 menewaskan Zero, Bocey, Jborne dan Rare.

Share this on...