Che Ta jelaskan kenapa ramai nak tengok Mira Filzah kahwin, wedding of the year

11,167 views

Wedding of the year, perkahwinan paling ditunggu-tunggu untuk tahun 2020 kali ini sudah tentu perkahwinan antara pelakon yang juga bintang paling ppular Mira Filzah dan pasangan Wan Emir anak kepada seorang tokoh politik, timbalan menteri.

Pada hari Ahad yang lepas, Mira Filzah dan Wan Emir ada membuat satu majlis resepsi di Puchong bertempat di Apark yang mana ianya bertemakan garden wedding.

Memang ramai rakan artis yang diundang dan menghadiri majlis istimewa Mira FIlzah itu. Antaranya ialah selebriti terkenal Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa Che Ta.

Ketika di majlis itu, Che Ta telah memberi pendapatnya dan menjelaskan kenapa perkahwinan antara kedua pasangan ini ramai yang nak tengok dan dilabel wedding of the year. Jom baca komen Che Ta.

Selamat pengantin baru buat Mira Filzah dan Wan Emir. Memag kalian ni sama cantik sama padan. Kalau tengok depa berdua ni sampai boleh terpotongkaki ni, macam dah kena kencing manis pula”.

Apa yang paling menariknya dan buat ramai sangat yang tertunggu-tunggu wedding of the year ni ialah, kita semua ni tak pernah tengok gambar depa berdua ni sebelum depa berdua diijabkabulkan sebagai suami isteri. Itulah sebenarnya yang membuatkan ramai orang yang amat tertunggu-tunggu. Kalau ikutkan memang amat susah dah nak jumpa pasangan seperti ini masa zaman la ni. Saya doakan semoga kebahagiaan antara Mira Filzah dan Emir akan sampai ke syurga, amin”.

Memang tepat sekali apa yang Che Ta cakap tu. Kisah mereka sebelum berkahwin memang jarang didengari, memang tak ada gambar atau berita mereka ini sedang bercinta, emamg rare habis.

Hal ini turut disokong dan dipersetujui oleh orang ramai dan netizen di luar sana. “Betul sgt tu Che Ta. Itulah yang best wedding depa berdua ni” kata netizen bernama Clarissa.

“Syukur, Alhamdulillah. Semoga pasangan ini akan jadi ikutan untuk couple lain di luar sana. Sila nikmati saat selepas di ijabkabulkan. Memang akan jadi beautiful dan special moment gitu” tambah netizen lain.

Seorang follower bernama Malisa pula menulis: “Ni la yang sebetulnya. Sebab tu la kenapa kita sampai boleh nak tengok gambar wedding depa walaupun dah dua dan tiga hari. Limited edition”.

Itulah kenyataan dari Che Ta tentang wedding Mira Filzah dan Wan Emir. Tahniah diucapkan buat pasangan ini. Semoga bahagia dan selamat berumahtangga. Semoga pasangan lain boleh buat teladan, kahwin dulu barulah boleh tayang sana sini, tak gitu.

Share this on...