Chef Wan sound bekas isterinya

21,405 views

Selebriti chef popular tanah air iaitu Datuk Chef Wan memang terkenal dengan celotehnya di laman media social dan yang terbaru Chef Wan ada bersuara satu hal berkenaan bekas isterinya.

Dato Chef Wan membebel dengan bekas isterinay itu yang sukar untuk jaga pemakanan walaupun dah ada diabetes atau kencing manis. Jom baca komen dari Chef Wan.

Ini komen dari Chef Wan: “Morning! Pagi-pagi dah nak pergi ke hospital nak pergi settlekan bill janda nak operate tangan buat graft for her dialysis. Sebelum ni dah suruh jaga makan bertahun lamanya tidak mahu dengar nasihat saya atau anak. Kuat propa dan curi makan. Sejak ada Grab food ini main order saja mcm Janda Kaya!

“Duda bulan-bulan pula yang sedia kan allowance makan. Cekek la puas-puas. Kena tangkap curi makan anak-anak bising mereka di salahkan pulak. Letih drama orang kencing manis ini. Tak serik-serik.

Dalam pada itu Chef Wan dia dah pun keluarkan belanja yang banyak untuk biayi kos perubatan jandanya itu.

Ini komen Chef Wan lagi: “Yang jadi mangsa kita la juga yang waste all this money for her medical bill and had wished she had taken care of herself better. Dah la full time duduk rumah jadi Puan Sri tak perlu kerja. Memang Janda bertuah kata emak!

“Ada orang ceerai nak bagi susu anak pun susah ini kan kita bela janda kita selama 35 tahun penuh wang saraan serta rumah pun di beli kan. Itu pun tak pandai jaga diri at time gerram rasanya. It’s not about the money but it’s about all of us dah la busy mencari rezeki masing-masing dan sibuk but now ada tanggung jawab for her dialysis cost, sending her to hospital 3 times a week and taking her back its exhausting.

Tambahnya, dia hanya mahukan bekas isterinya itu hidup dengan kesihatan yang baik dan nikmati kehidupan tanpa ada sebarang masalah kesihatannya. Tapi dia agak gerram melihat jandanya itu yang susah nak jaga makan.

Ini tulisnya lagi: “We want her to be happy and enjoy her life. Last two months she was hospitalised three times paru-paru berair, minum air tak jaga sukatan. Dah la saakit, jaga la makan dan minum itu. Asyik melayan tembolok dan ini menyusah kan orang lain. Sesiapa yang jaga orang kencing manis cronic ni and dialysis can relate to me kan. It’s all about habits old die hard!

Namun tambah Chef Wan lagi, mungkin ini dah tertulis untuknya menjaga bekas isterinya itu, katanya dia akan jaga selagi termampu.

“Tidak mengapa lah, mungkin ini cabaran hidup saya. Selagi saya mampu buat kebaikan dan bantu orang lain yang ada dalam kesusahan saya akan korbankan lah mana yang mampu. Life is indeed a huge challenge nak jaga Jandan dan emak pun and life is indeed one huge sacrifice pun. Some people only know how to judge me sahaja tetapi jika berada in my shoes I bet many cannot do it.