Cik B sembam muka di sofa, malu tengok lakonan sendiri di TV

4,230 views

Anak perempuan Dato Seri Vida iaitu Cik B kini dah pun bergelar pelakon. Lakonan pertama Cik b adalah menerusi drama bersiri berjudul Lelaki Lingkungan Cinta.

Drama ini baru sahaja start ditayangkan semalam menerusi slot lestari TV3 setiap hari Rabu sampai Jumaat pukul 9 malam.

Semalam bermulalah episode pertama, dan Cik B dah ada pun keluar di kaca televisyen.

Teruja nak tengok anaknya itu pertama kali keluar TV dan berlakon, Dato Seri Vida dan Cik B telah tunggu di depan televisyen, layan drama berkenaan bersama-sama.

Dato Seri Vida telah merakam detik bersejarah itu, dan menunjukkan reaksi Cik B apabila melihat sendiri lakonannya dalam televisyen.

Keluar saja wajah Cik B, habis tergoleh terus anak gadis Dato Vida ini. Katanya dia malu tengok lakonan sendiri. Lihat video reaksi Cik B bila tengok lakonan sendiri.

Ini caption dari Dato Seri Vida: “Inilah reaksi apabila Cik B tengok lakonan diri dia kat televisyen. Dia dah malu tu, tak tahu nak sorok muka kat mana dah”.

Tapi sebagai seorang ibu, sudah tentu akan berbangga jika anak dah bergelar pelakon, dan masuk televisyen. Ini satu pencapaian yang baik juga buat Cik B.

Rata-rata follower suka dengan lakonan dari Cik B itu da nada yang cadang minta Cik B jadi pelakon utama pula selepas ini. Ini antara reaksi dari para penonton dan follower.

Ini tulis Cik puan zara ayra: “Excited betul nak tengok Cik B berlakon, awal-awal saya dah tunggu depan tv, terbaiklah”.

Farrah Habib pula kata tak puas tengok Cik B: “Memang tak puas tengok, sekejap sangat. Selepas ini, Cik B kena jadi watak utama”.

Ig bernama Tyra pula menulis: “Tahniah buat Cik B. Kitorang tunggu drama ni semata nak tengok Cik B je tau. Tak sabar next episode”.

Lucu betul lah Cik B ni” tulis seorang peminat bernama Muzzy. Dan Yusuff Iskandar Mahadir memuji lakonan bersahaja Cik B. “Terbaik. Pandai Cik B ni berlakon, tak nampak kekok”.

Memang ramai yang bagi feedback baik kepada Cik B. Jangan lupa peminat Cik B nanti boleh layan lagi drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta malam ini, setiap Rabu sampai Jumaat.

Share this on...