“Ciri ibu mertua dari neraka” Sanggup label ibu Aiman Tino sedemikian

2,485 views

Beberapa hari kebelakangan ini penyanyi Aiman Tino telah naik sebagai antara isu hangat yang dibicarakan netizen.

Ini setelah ibunya, Hazelina Mat Jalil membuat pendedahan di laman media, yang mana mendakwa Aiman Tino telah abaikan keluarga dan family.

Yang menjadi bualan ialah, ianya berpunca dari seorang gadis yang sedang berkawan dengan Aiman Tino.

Aiman telah tampil menafikan hal berkenaan dan memberitahu bahawa masalah yang berlaku adalah berpucan dari dirinya sendiri yang lambat reply mesej.

Ini termasuk tak reply mesej dan menjawab panggilan ibu bapanya. Penyanyi muda ini telahpun memohon maaf dan telah balik berjumpa kedua ibu bapanya untuk selesaikan hal berkenaan.

Apabila kisah ini jadi viral, ada netizen yang merumuskan bahawa ibu Aiman Tino itu umpama ibu mertua dari nerakaa.

Kisah ini dicerita oleh ibu Aiman Tino sendiri, yang muatnaik gambar mesej yang diterima dari seorang netizen.

Ini tulis netizen berkenaan: “Contoh ciri-ciri ibu mertua dari neraka, nasiblah sesiapa yang akan sangkut dengan family makcik ni nanti, memang ngeri.

Menjawab komen yang telah dilemparkan kepadanya, ini respon dari Hazelina. Ibu Aiman Tino ini mengatakan dia berhak ke atas anaknya dan mahu membawanya ke syurga.

Jika kita tidak kenal, maka kita tidak cinta. Neraka tu kau, anak aku tu, aku nak bawa dia ke syurga.”

Dah ada anak nanti barulah korang akan dapat rasa, penat-penat kita ni besarkan anak, tetapi lepas tu ada orang nak kikis.”

Ibu kepada Aiman Tino juga mengatakan hal yang terjadi kepada anaknya ini dah lama terjadi, sudah tiga tahun.

Diruangan komen, rata-rata follower dan netizen telah memberi sokongan kepada Hazelina dan mengatakan sebagai seorang ibu, memang wajar Hazelina untuk risau dengan apa yang berlaku pada anaknya.