“Comelnya ada lesung pipit” Aiman Hakim, Zahirah Macwilson selamat timang baby boy

2,097 views

Ini satu berita baik yang baru diterima tentang pasangan suami isteri pelakon Aiman Hakim Ridza dan isteri Zahirah Macwilson.

Kedua mereka kini telahpun bergelar ibu bapa, setelah Zahirah disahkan selamat melahirkan anak sulung mereka, seorang baby boy pada 3 hari yang lalu, iaitu pada hari Selasa lepas bersamaan dengan tarikh 5 Januari 2021.

Hal ini disampaikan oleh Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson melalui laman Ig miliknya yang mana dia memuatnaik sekeping foto menunjukkan sedikit wajah anak sulungnya itu.

Kata Aiman dan Zahirah, ini merupakan hadiah yang paling indah yang mereka pernah terima sepanjang hidupnya.

“By far, inilah haadiah atau gift paling terbaik dan hebat yang saya pernah terima. Syukur alhamdullilah pada tarikh 5 Januari yang lalu, anak pertama kami, baby boy selamat dilahirkan kemuka bumi ini pada jam 2:26 petang.”

“Kami berasakan amat overwhelmed dengan seluruh experience, dari detik berada di dalam dewan bersalin sehingga akhirnya sah bergelar sebagai ibu bapa.”

“Journey ini antara rahmat terbaik dan kami amat teruja untuk alami dan lalui setiap detik yang penuh bermakna ini, syukur Alhamdulillah.”

Aiman dan Zahirah telah ke Australia disebabkan Zahirah lebih prefer untuk bersalin di negara berkenaan kerana berdekatan dengan familynya iaitu ibunya yang menetap di sana.

Di ruang komen berlumba-lumba para follower mengucapkan jutaan tahniah di atas kehadiran permata hati itu.

Turut memberi ucapan tahniah adalah rakan artis seperti Eyra Hazali, Izara Aisha dan pereka fesyen terkenal Rizman.

Ini tulis Izara: “Zahirah, alhamdulillah congratulations you two. Selamat datang ke dunia wahai baby boy, assalamualaikum.”

Paling memukau para follower, jelas kelihatan baby sulung Aiman dan Zahirah itu menunjukkan ada dimple atau lesung pipit di pipinya.

Memang ramai yang dah tak sabar nak tengok Aiman dan Zahira untuk tunjuk wajah penuh baby boy mereka itu nanti.

Share this on...