“Comelnya” Akhirnya Elly Mazlein tayang wajah anaknya, Sephia

6,077 views

Elly Mazlein dikenali sebagai antara artis yang versatile di Malaysia ini. Boleh menyanyi, berlakon dan mengacara. Elly Mazlein juga dikenali sebagai seornag yang pandai memasak dan sering muatnaik video memasak.

Artis berumur 40 tahun ini kembali menyinar di industry hiburan setelah menyertai rancangan reality nyanyian paling popular ketika ini iaitu Gegar Vaganza.

Walaupun gagal masuk ke final, namun nama Elly Mazlein antara yang paling menyerlah di musim ketiga.

Pada awal tahun 2020, Elly Mazlein telah mengakhiri zaman solonya setelah bernikah dengan seorang cikgu Geografi bernama cikgu Azlan.

Seorang yang lebih muda dan memilik wajah yang tampan, perkahwinan mereka turut menjadi tumpuan pihak media dan memang ramai di luar sana yang mahu lihat wajah cikgu Azlan

Diketahui sebagai seorang yang mengambil berat isu privasi, Elly Mazlein hanya mendedahkan wajah cikgu Azlan kepada umum setelah berkahwin.

Begitu juga anaknya, sehinggalah hari ini, Elly Mazlein juga tidak pernah tayang wajah anaknya kepada umum, kalau ada pun dia akan tutup wajahnya.

Akhirnya hari ini, Elly Mazlein muatnaik foto wajah anaknya iaitu Putri Sara Sefhia Azmi. Memang comel budak ni.

Foto ini dimuatnaik oleh Elly Mazlein sempena anniversary perkahwinannya yang pertama.

Ini captionnya: “Syukur sangat, alhamdulillah kini dah satu tahun bersama berkahwin. Happy first anniversary sayang. Tak perlu beri ucapan panjang panjanglah kat Instagram ni. Nanti mama bisik kat telinga papa tentang doa dan harapan mama dalam perkahwinan kita berdua ini. Biar kita berdua suami isteri saja yang tahu. Mula 18 January 2020, sampai sekarang, 18 January 2021. Gambar tu masa Papa Awan Nano datang merisik Kak Lina Pompom.”

Di ruangan komen ramai yang mengucapkan tahniah di atas sambutan anniversary yang pertama Elly Mazlein dan Cikgu Azlan. Tak kurang juga yang memuji kecomelan anaknya, Sephia.

Sephia merupakan anak Elly Mazlein hasil perkongsian hidup dengan bekas suami Azmin Hatta.