Dah pasti nanti baru akan cerita, respon Noor Nabila dikatakan nikah hari ini

1,975 views

Hubungan antara Engku Emran dengan kakak kepada Neelofa, N oor Nabila sudah diketahui umum.

Ini setelah Engku Emran memuatnaik sekeping foto yang terpapar wajah Nabila duduk disebelahnya ketika berada di dalam kereta. Foto itu diupload di laman IG miliknya baru-baru ini.

Kini setelah beberapa hari, timbul pula satu lagi khabar angin yang mana ada mengatakan mereka akan bernikah pada hari ini.

Untuk mengetahui hal ini dengan lebih lanjut, ramailah wartawan dan pihak media yang telah hubungi Nabila.

Akhirnya tuan punya badan memberi jawapan ringkas. Melalui responnya, Nabila tidak mengiyakan dan juga tidak menafikan hal berkenaan.

Sebagai seorang yang bukannya dari golongan selebriti, Nabila memberitahu bukan semua hal peribadinya perlu diceritakan pada umum.

“Saya pernah cakap sebelum ni, minta tolong beri saya sedikit privasi. Memandangkan saya ni pun bukannya seorang artis. Saya minta maaf, buat masa ini saya tidak boleh komen apa-apa.”

“Jika semua perkara dah betul-betul pasti, barulah saya selesa untuk bercerita dengan lebih lanjut. Saya harap semua orang dapat faham tentang ini, terima kasih.”

Setelah kisah Noor Nabila mula tersebar, ada pihak yang bertanya kepada bekas suaminya iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad.

Kata Sharnaaz, sejak berpisah, dia hanya fokus dengan kerjayanya dan juga hidup anaknya iaitu Jebat Jayden sahaja.

Ini komen Sharnaaz: “Sekarang saya sedang jalani hidup tenang. Saya tengah gembira dan bahagia jalani kehidupan dengan anak saya, Jebat Jayden. Ada Jebat dah cukup, saya dah dapat rasa bahagia. Jebat dah melengkapkan saya. Hal-hal lain saya tak nak ambil tahu dan saya pun tak perlu nak komen.”

Kisah Engku Emran dan Noor Nabila ini turut diketahui oleh pihak media dari negara seberang, Indonesia memandangkan Engku pernah berkahwin dengan salah seorang artis terkenal dari negara berkenaan, iaitu Laudya Cynthia Bella.