Dah tak boleh teruskan lagi, isteri PU Abu dah muak

4,476 views

Rata-rata netizen semua sudah pun mengenali Pencetus Ummah (PU) Abu. Sebut saja namanya sudah pasti ramai yang mengenali peceramah ini khusunya dia terlibat dengan kontroversi rumah tangganya.

Jika dulu namanya kecoh dikatakan kerana dia telah bertindak menceraikan isteri pertama nya iaitu Ain Afini yang ketika itu sedang sarat mengandungkan anak pertama.

Kini nama PU Abu hangat kembali, apabila menjadi bualan, sekali lagi kerana dikatakan rumah tangga yang dibina bersama isteri barunya iaitu Hana Azraa pula bakal berakhir.

Menurut berita daripada Harian Metro, Hana Azra telah pun memberi komen tentang status rumah tangganya.

“Berkaitan hubungan (perkahwinan) berada di hujung tanduk, apa yang boleh sy katakan adalah kami kedua belah pihak dah pun bersepakat untuk mahu bawa haluan masing-masing.

“Dah tak boleh nak diteruskan lagi kot oleh itu adalah lagi baik utk kami bawa haluan sendiri. Jodoh kami tidak lama, sebab kini sudah tak ada persefahaman lagi”

“Isu yg dihadapi oleh kami ini, sejujurnya, bukan baru lagi. Saya dah lama hadap benda ni hingga naik jemu dan jadi muak.

“Untuk diri ini terus bertahan lama-lama pun rasa nya tidak perlulah lagi. Tak boleh nak jana apa-apa pun kalau tunggu lama, ini untuk saya dan anak-anak. Lebih baik, kita bangun sahaja lah”

Untuk pengetahuan umum, Hana baru saja melahirkan anak lelakinya pada 1 Febuari yang lalu yang diberi nama Muhammad Uwais Al-Mateen.

Ditambah lagi, kini dia turut berkata, mereka berdua masing-masing menunggu tarikh bagi memproses perpisahan daripada pihak mahkamah.

Namun lain pula jawapan yang diberikan oleh pihak Abu berkenaan status rumah tangganya bersama Hana. Dia juga turut menafikan telah berlaku curang.

Komen dari Pu Abu lagi: “Tidak berlaku apa-apa pun kecurangan. Doa yg baik-baik sahaja untuk kami suami isteri. Apapun, ini adalah satu ujian dari Allah utk saya. Saya kenalah kuat dan terus bersabar. Mohon doa yang baik-baik utk kami berdua. Dalam mana-mana perkahwinan pun akan ada pelbagai ujian. Saya juga tidak terkecuali. Doakan segalanya baik-baik saje”

Macam-macam hal pula dengan isu dan kontroversi yang melibatkan Abu dan isterinya. Semoga kedua-duanya dapat menyelesaikan kemelut masalah mereka dengan secara baik.