Dah tiga kali buat sesi JKP tapi gagal?

3,530 views

Isu berkaitan rumah tangga jutawan instafamous, Datuk Seri Aliff Syukri yang popular dengan tagline terlajak laris dan juga isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid kini kembali jadi buah mulut para netizen dan makcik bawang di Malaysia.

Ini ekoran telah viral dengan tersebar surat tuntutan cerai dari Datin Nur Shahida sejak semalam di laman media social.

Menerusi satu laporan portal Harian Metro, melihat perkara ini jadi viral, pihak wartawan ada cuba hubungi Datuk Aliff Syukri untuk tanya lanjut tentang hal ini.

Menjawab persoalan wartawan menerusi aplikasi WhatsApp, Aliff Syukri hanya reply dengan gunakan emoji sedih dan ini terus membuatkan perkara ini jadi tanda tanya.

Tak lama selepas itu Aliff Syukri ada upload satu status dengan nada yang menggambar kesedihan dalam kehidupan.

Ini tulisnya: “Di dalam hidup ini ada dua saje pilihan iaitu nak pilih atau pun dipilih. Oleh yang demikian, kita kenalah tahu dan sentiasa sedar. Jika kamu yang buat pilihan, maka pilihlah yang paling baik buat diri kamu dan untuk selamanya. Namun, kalau kamu yang telah dipilih, maka jadilah yang terbaik

Dari laporan Harian Metro lagi, ada satu sumber terdekat usahawan itu memberi sedikit info tentang kes perbicaraan perceraian antara Datuk Seri Aliff Syukri dan juga Datin Seri Shahida yang dijangka akan dibuat semula selepas tamat saja restriction movement order kelak.

Dari sumber itu, Aliff Syukri akui agak terkejut bila terima yang mengatakan isterinya telah failkan tuntutan untuk permohonan perceraian.

Menurut laporan Harian Metro lagi, Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik oleh pihak mahkamah telah temui jalan buntu dan gagal untuk dapatkan penyelesaian.

Ini tulis laporan berkenaan dari sumber terdekat: “Dah tiga kali JPK dibuat, namun nampaknya ianya  gagal

Ketika ini, kedua-dua pasangan suami isteri itu dikatakan dah tak lagi tinggal sebumbung sejak beberapa bulan yang lepas.

Aliff Syukri dilihat ulang alik ke rumahnya yang terletak di Pavilion resident Kuala Lumpur dan juga di rumah resortnya jika dilihat dari video yang dimuat naik di Instagram.

Datin Shahida sebelum ini memang tak mahu beri sebarang kenyataan berkenaan isu rumah tangganya dan ambil pendekatan berdiam diri.