Dah unfollow IG, Razrul tetap pertahan hubungan dengan Intan Najuwa

4,901 views

Masih kisah berkisarkan pelakon Intan Najuwa dan juga tunangnya Razrul Anwar Rusli. Sebelum ini yang terbaru, Intan Najuwa dan Raz dikatakan dah unfollow Ig masing-masing. Kemudiannya, Intan Najuwa dilihat dah pun delete beberapa keeping gambar Raz di laman IG miliknya. Kalau ikutkan, sebelum ini ada beberapa gambar, kni tinggal sekeping sahaja foto Intan dan juga Raz.

Melihat pihak media dapat menghidu bahawa mereka dah unfollow IG masing-masing, Raz akhirnya menjawab pertanyaan media. Melalui laporan Harian Metro, Raz memberitahu hubungan mereka berdua masih berjalan macam biasa.

Malah, Razrul mengatakan ada foto dia bersama Intan, walaupun tinggal sekeping sahaja. Ini komen Raz tentang perkara ni:

“Ada lagi gambar saya. Ya, hubungan kami masih seperti biasa. Terima kasih kerana ambil berat dan doakan kami”

Kemudian, Razrul dilihat tak mahu lagi ulas atau beri kenyataan lanjut tentang pertanyaan berkenaan gambar tunangnya bersama pelakon Zul Ariffin yang telah menjadi kontroversi baru-baru ini.

“Berkenaan gambar itu saya tak mahu komen. Nanti keadaan jadi lebih buruk. Harap faham, terima kasih”

Nampaknya, Raz dilihat masih lagi tenang dan cool saja apabila diburu pihak media.

Sebelum ini, jadi viral beberapa keeping gambar mesra antara Intan Najuwa dan juga Zul Ariffin di tepi pantai. Dalam gambar itu, dapat dilihat dengan jelas, Intan Najuwa didukung oleh Zul Ariffin dalam keadaan yang agak keterlaluan yang mana ramai mengatakan ianya tak patut dibuat oleh seorang wanita bergelar tunangan orang.

Apa gambar berkenaan telah jadi viral, kedua-dua Intan Najuwa dan juga Zul Ariffin masing-masing mengambil pendirian untuk senyap dan tak buat sebarang kenyataan.

Kes ini menjadi tanda tanya, kerana pengarah drama lakonan Intan Najuwa dan juga Zul Ariffin telah membuat kenyataan bahawa gambar itu tiada kaitan dengan drama lakonan mereka.