Dai Farhan boleh dipenjara 6 bulan, ini puncanya

4,298 views

Ini satu lagi kisah berkenaan ustaz yang dah kahwin di tanah suci iaitu Dai Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan yang mana dia dikhabarkan boleh diambil tindakan hukuman denda dan juga dipenjarakan kerana atas kesalahan melakukan poligami luar kebenaran mahkamah. Ini setelah pendakwah ini dilihat telah melanggar Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Malahan, dai Farhan juga telah berpisah dan menceraikan bekas isterinya, Fatin Nurul Ain Mat Aris dengan talak satu tanpa kebenaran mahkamah.

Kes dikenakan tindakan mahkamah ini telah disampaikan melalui satu kenyataan media oleh Ches Al Maliki pada petang semalam. Kalau korang yang ada tak tahu, Ches merupakan kawan baik kepada Fatin (bekas isteri dai Farhan).

Ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Ches yang menyebut, Dai Farhan telah berpoligami dengan berkahwin dengan Noorainul Naqim Mohd Radzi tanpa kebenaran mahkamah.

Kemudiannya, Dai Farhan telah menceraikan Fatin Nurul Ain dengan talak satu di luar mahkamah dan juga tanpa kebenaran mahkamah.

Dek kerana kesalahan yang dibuatnya itu, Dai Farhan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Kenyataan ini dibuat oleh Ches yang diwakili peguam syarie, Datuk Hazizah Kassim.

Sebagai seorang pendakwah yang boleh dikatakan selebriti agama, perbuatan Dai Farhan itu menyebabkan undang-undang Islam dipandang diperlekeh.

Selain itu, kenyataan Dai Farhan di satu temubual eksklusif bersama sebuah portal hiburan turut disifatkan bagaikan perlekeh agama dan undang-undang Islam.

Ches telah buat report di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam pada Khamis.

Dalam pada itu, Ches juga masih belum dapat permohonan maaf terbuka dari Dai Farhan selepas lebih tempoh 24 jam.

Diimbas kembali, pada tarikh 28 November lalu, Dai Farhan buat report polis dan tuntutan saman terhadap Ches kerana melakukan fitnah terhadapnya secara menulis surat terbuka mendedahkan konon perkahwinannya bersama isteri kedua, Dr Aireen dibuat tanpa pengetahuan isteri pertama.

Ches kemudiannya memaklumkan saman fitnah yang dibuat oleh Dai Farhan terhadapnya telahpun ditarik balik dan Ches kemudian buat tuntutan agar Dai Farhan buat kenyataan dan permohonan maaf secara terbuka.