Dalam keadaan koma, pelakon Shahriza Mahmud kritikal

3,760 views

Pelakon Shahriza Mahmud kini dalam keadaan kritikal setelah dimasukkan ke Hospital Putrajaya.

Shahriza yang kini berumur 55 tahun telah alami syimptom high fever, selain dilihat telah meracau sebelum dikejarkan ke hospital.

Suami kepada Shahriza iaitu Saddiq Raffali telah memberi sedikit update tentang keadaan pelakon berkenaan.

“Suhu badan Shahriza mencecah lebih 39 darjah selsius dan di bawa ke hospital seterusnya dia terus diletak di zon merah. Hasil pemeriksaan pihak doktor, dikatakan terdapat jangkitan kuman dalam darah dan juga lungs, paru-paru. Itulah punca dia demam sampailah meracau. Apabila check, blood pressure juga tak stabil dan doktor kemudian memasukkan tiub bantuan pernafasan untuk memudahkan dia bernafas.”

Jelasnya lagi, isterinya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kemudian telah dipindahkan ke Unit Penjagaan Kritikal (CCU) sebab bimbang sekiranya dia ada terkena Covid19.

“Dah tiga hari dia dalam unit rawatan cardiac, CCU. Isteri saya Shahriza Mahmud masih dalam keadaan kritikal. Doktor dah dapat kenal pasti jenis bakteria dalam system badannya. Keputusan ujian saringan untuk Covid19 masih belum dapat. Harap semua terus sokong dengan memberi doa kepadanya. Tak ada keraguan lagi, isteri saya seorang pejuang. Dia akan berjaya atasi penyakitnya ini. Dia selalu ada dan akan sentiasa ada.”

Bercerita lanjut, Saddiq berkata Shahriza ada contact rapat dengan seorang individu yang disahkan positif pada minggu lalu.

Mereka telah terbabit dengan satu projek drama dan telah berjumpa dengan beberapa penulis. Tak lama kemudian, salah seorang penulis itu disahkan positif Covid.

“Isteri saya dikira sebagai contact rapat sebab dia duduk di sebelah individu yang telah positif itu.”

Ujian swab, saringan untuk Covid telah dilakukan oleh Shahriza dan juga Saddiq.

Saddiq turut berkata dia masih belum diberi peluang melawat isterinya itu di hospital kerana risiko Covid.

“Semoga doa semua akan jadi penawar kepada Shahriza. Untuk info update, Shahriza masih lagi kritikal. Masih dalam koma. Doktor sedang buat treatment dengan memberi antibiotik dan ubat jantung. Saya belum berpeluang melawat dia sebab ada pesakit masih tunggu result swab test. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami.”

Semoga Shahriza Mahmud kembali sembuh, sama-sama kita doakan.