“Dapat tazkirah, solat jemaah, tulis lagu” Dai Syed cerita pengalaman dalam lokap

2,183 views

Pendakwah selebriti yag juga bekas peserta rancangan Dai iaitu Dai Syed, merasai pengalaman tidur di dalam lokap selama 19 hari atas siasatan kes melibatkan beberap gadis.

Dai Syed atau nama penuhnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful kini telah dibebaskan dengan ikat jamin sejumlah RM35 ribu. Dai Syed diarahkan agar tidak mengganggu semua mangsa setelah dibebaskan.

Kata pemuda berumur 25 tahun ini, dia akan tinggal di rumah abangnya, yang telah membayar wang ikat jamin berkenaan.

Dai Syed telah ditanya oleh wartawan tentang pengalamannya sepanjang ditahan oleh pihak polis selama hampir tiga minggu di dalam lokap. Pendakwah muda ini mengatakan dia telah mengisi msa dengan baik.

Saya dapat jumpa banduan di sana, dapat tazkirah lepas Maghrib, dapat sembahyang Jemaah sama-sama, so hikmah banyak. Saya dapat dengar jalan cerita kehidupan mereka”.

Selain itu, Dai Syed juga sempat berdakwah sepanjang ditahan, dan akui sempat menulis lagu.

Ada, di dalam dapat solat jemaah, dan dibuat dalam waktu yang cepat. Dan saya ada tulis lagu kat dalam lokap dan penjara, kem penjara dorang panggil. Saya tulis lirik lagu, dan luahan saya, konsep lagu. Ianya tentang seorang manuis sedang mencari hakikat kebahagiaan namun menerima cemuhan, jiwa meronta-ronta”.

Saya kadangkala duduk termenung, bertanya kepada diri dan juga tuhan, kenapa beri aku dugaan sebegini. Mungkin Allah nak tegur dan beri inngatan pada saya. Tapi saya sentiasa terima dalam keadaan redha”.

Dai Syed turut menyatakan rasa terima kasih kepada para peminat dan orang ramai yang tak henti-henti mendoakan agar urusannya dipermudahkan, dan sentiasa menyokongnya.

Lebih 2 minggu di dalam lokap, Dai Syed tak sabar mahu bertemu dengan family terutama ibunya, dan meminta ruang untuk dia muhasabah diri dan tenangkan diri dengan dugaan yang menimpa.