Dato Alif Syukri, Datin Shahida dah unfollow IG masing-masing

5,594 views

Datuk Seri Aliff Syukri pernah diangkat sebagai hero tentang kes melibatkan live di rumah balu arwah Abam, iaitu Hidayah. Ada mengatakan kalau Aliff Syukri tak buat macam tu, memang orang tak tahu tentang keadaan Hidayah. Namun ada juga sebahagian netizen yang berkata tak elok Aliff Syukri campuri urusan keluarga arwah Abam. Kini sedikit demi sedikit ramai mula mempertikai tindakannya yang terlalu asyik buat live di semua tempat.

Kemudian, Aliff Syukri terlibat pula dengan dakwaan bahawa dia ada terlibat dengan kes anakn angkatnya iaitu Ameena, yang telah tersebar gambar dengan kesan lebam. Kes ini sedang dalam siasatan pihak berkuasa. Terus nama Aliff Syukri mendapat pelbagai komen yang kurang enak.

Dek kerana terlalu banyak hal yang menimpanya, ada ura-ura yang mengatakan hubungan antara Datuk Aliff Syukri dan isteri iaitu Datin Shahida kononnya dah retak dan sedang bergolak, apatah lagi mereka dan unfollow instgram masing-masing.

Ini komen Aliff Syukri: “Tidak ada sebarang perkara yang berlaku antara kami berdua, kami suami isteri masih lagi berbahagia. Saya akui bahagia dengan perkahwinan saya dan dengan anak-anak saya, kami sekeluarga bahagia. Saya tidak mahu cakap tentang family saya

Jutawan ini berkata seperti itu di sidang media pelancaran lagu ‘Coba Bahagia’ petang tadi.

Sementara itu, Aliff Syukri ketika ditanya tentang tindakan isterinya yang tidak follow atau dah unfollow Aliff Syukri di laman Instagram, usahawan berkenaan tak nak cakap dengan lebih lanjut dan hanya kata “No komen”.

Ramai beranggapan lagu Coba Bahagia yang dilancarkan oleh Aliff Syukri ini macam ditujukan untuk isterinya.

Akan tetapi Aliff nafikan hal berkenaan dan mengatakan lagu berkenaan menunjukkan perasaannya yang betul-betul sedih dengan apa yang dilalui.

Ini komennya: “Dulu saya memang gembira, tetapi kini saya tak bahagia. Bahagia itu agak subjektif. Ada orang yg kaya dan dia bahagia, ada yg kerjaya dan dia bahagia, ada yg dapat hadiah pun dah bahagia. Pada masa sama, lagu ini bukan ditujukan kepada isteri mahupun kepada keluarga, tetapi sebaliknya untuk para pendengar yg sedang lalui masalah kebahagiaan. Memang diri saya pun nak bahagia dengan family saya”

Lagu berjudul Coba Bahagia ini adalah lagu terbaru dan yang ketujuh dari Datuk Aliff Syukri. Dikatakan Aliff Syukri buat sepenuhnya lagu tersebut termasuk liriknya. Nanti kita dengar ye sedap ke tidak. Jom dengar.