Dato Nash terlibat kemalangan, sedang dirawat di hospital

2,265 views

Penyanyi berstatus lagenda, Datuk Jamaludin Elias atau lebih terkenal dengan nama Datuk Nash, disahkan telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya semalam yang mana kereta yang dinaikinya bersama seorang pemandu terbabas dan langgar penghadang jalan raya.

Nash dilihat terbaring di atas jalan raya dan mengalami luka di bahagian muka. Nash turut mengadu sakit dada selepas accident tersebut.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim mengesahkan kejadian ini.

Beliau memberitahu insiden berkenaan terjadi di Kilometer 250 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, sekitar pukul 4 petang.

Kereta Toyota Harrier berwarna hitam yang dipandu oleh seorang driver berumur 33 tahun membawa Datuk Nash dan dalam perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur.

Kenderaan yang dinaiki selebriti berkenaan telah melanggar satu lopak air seklaigus menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya.”

Kerana kemalangan berkenaan, Nash dilihat telah alami luka pada muka dan mengadu sakit dad. Keadaan pemandunya yang berumur 33 tahun itu pula hanya cedera ringan saja.”

Kes kemalangan ini kini disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih dijalankan.”

Beliau menambah, bekas vokalis Kumpulan Lefthanded berumur 62 tahun itu dibawa oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan ke Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban untuk menerima rawatan lanjut.

Pihak Angkatan Awam Negeri Sembilan bahagian Rembau dilihat hadir ke lokasi untuk memberi bantuan kepada Datuk Nash.

Dikatakan Nash merupakan salah seorang pegawai bersekutu untuk Angkatan Pertahanan Awam.

Apapun semoga Datuk Nash kembali sihat dan cepat sembuh seperti sediakala, sama-sama kita doakan buatnya.

Untuk info, Datuk Nash sebelum ini terkenal dengan lagu seperti Pada Syurga Diwajahmu dan Ku Dihalaman Rindu.