Datuk Nora terima lamaran sebagai isteri, bakal nikah tak lama lagi

2,901 views

Penyanyi yang baru saja bergelar Datuk iaitu Nora Ariffin telah buat satu kenyataan bahawa dirinya telah dilamar sebagi isteri oleh seorang individu.

Namun begitu, penyanyi berumur 48 tahun ini tidak ada bercerita lanjut siapakah gerangan lelaki berkenaan dan hanya akan umumkan setelah segalanya perbicangan lanjut dilakukan dengan jejaka tersebut berjalan lancar.

Nora juga telah menafikan individu berkenaan adalah seorang ahli politik dan juga bukan dari seorang personality yang popular di tanah air.

Buat masa sekarang Nora akui dia telahpun menerima lamaran berkenaan.

“Selepas saya fikir secara teliti, kini dah tiba masa untuk saya buat pengumuman awal bahawa memang saya ada terima lamaran daripada seorang lelaki.”

“Jika diizinkan oleh Tuhan, sekiranya semua plan berjalan lancar, saya akan cerita lanjut berkenaan hari bahagia tersebut tak lama saja lagi.”

Jelas Nora, dia kini dah sedia untuk kembali menjadi isteri orang setelah dipersetujui oleh anak-anaknya dan juga pihak dari keluarga arwah suaminya Johan Nawawi.

“Anak-anak semua ada cakap, mereka sentiasa sokong pada apa keputusan yang terbaik buat diri saya. Mereka kata nak tengok saya terus bahagia.”

“Allahyarham ibu mentua saya juga pernah beri pesanan dulu, kalau ada lelaki yang lamar saya, cubalah terima. Alhamduliillah, restu dan sokongan anak-anak serta keluarga, saya kini sudah bersedia menerima lamaran dari individu berkenaan.”

Nama Nora naik baru-baru ini setelah dikatakan menjadi isteri kepada ahli politik, Tan Sri Annuar Musa, namun Nora menafikannya.

“Demi Allah, saya dan Tan Sri Annuar tak pernah nikah, dan saya sendiri tidak tahu macam mana ada pihak yang boleh buat cerita macam ni.”

“Banyak kali saya nafi begitu juga dengan Tan Sri Annuar, tapi ada lagi yang tak percaya. Oleh itu lebih elok sekiranya saya beritahu bahawa saya kini dah terima lamaran dari seorang individu.”

Untuk info, Nora berkahwin dengan Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan mempunyai empat orang anak. Johan pergi buat selama-lamanya pada tahun 2017.