Dilabel bingai oleh Suhaimi Saad, ini pula komen dan respon Catriona Ross

2,349 views

Catriona Ross baru-baru ini ada luahkan rasa terkilan dengan sikap sesetengah masyarakat yang cuba untuk pulang ke kampung setelah adanya arahan perintah kawalan pergerakkan.

Bekas penyanyi kumpulan nasyid, Suhaimi Saad yang lebih dikenali dengan nama Mosus ada membalas tentang kenyataan Catriona Ross malah melabel pelakion ini sebagai bingai kerana baginya dah setahun orang ikut kata dan setiap manusia lain-lain masalahnya.

Setelah ramai yang tag Catriona Ross, pelakon ini ada menulis kepada Suhaimi Saad agar jangan terasa kalau dia tak ada buat salah. Ini komennya.

Menerusi satu laporan Harian Metro, Catriona Ross mengatakan dia sebenarnya tak kenal siapa Suhaimi Saad, dan tak terkesan dengan kata-kata penyanyi berkenaan. Dia hanya kenal Suhaimi Saad setelah ramai yang tag dan ramai juga yang mula beritahunya tentang Suhaimi Saad.

Mulanya saya tak tahu dia siapa Kemudian, lepas saja saya dapat tahu bahawa dialah merupakan orang yang percayai bahawa bumi ini leper, antivaksin dan ada banyak isu lagi, saya gelak sajalah.

Arwah mak saya ada ajar tentang Imam Shafie pernah cakap, aku rela debat dengan seorang yang bijak pandai daripada debat dengan ramai orang yang tidak tahu apa.

Orang seperti ini dah ada kepercayaan sendiri dan memang tak boleh nak diubah. Biarkan saja dia hidup dalam dunianya sendiri.

Namun begitu, dalam video saya itu, apa yang cakap adalah berdasarkan fakta dan juag pemerhatian saya tentang keadaan yang berlaku termasuk pengalaman dari frontliner, kesian kat mereka.

Tentang berbalas komen di Instagram, Catriona Ross menambah dia sebenarnya memang tak ada niat nak berbalah dengan Suhaimi Saad: “Saya memang tak ada niat langsung nak wujudkan perbalahan dengannya di laman media sosial.

Itulah kisahnya tentang isu yang melibatkan Catriona Ross dan juga Suhaimi Saad.