Diracun kawan sendiri, otak Cico Harahap terkesan, tak mampu membaca, menulis

4,379 views

Lama pendam rasa, akhirnya penyanyi veteran, Uji Rashid membuat satu pendedahan yang amat mengejutkan ramai. Ianya tentang kisah melibatkan anaknya, iaitu pelakon Cico Harahap.

Anak lelaki Uji Rashid, Cico Harahap pernah popular di sekitar tahun 90an, menerusi beberapa filem.

Namun, ada kisah hitam yang berlaku kepada anaknya sehingga menyebabkan kesihatannya terjejas teruk.

Uji Rashid bercerita bahawa sebenarnya Cico kini alami masalah kesihatan serius setelah kena hianat dengan diracun oleh kawannya sendiri.

“Ini kali pertama kali saya cerita dan dedahkan hal ini secara terbuka. Sebelum ini ada banyak versi cerita dan kisah berkaitan anak saya tu.”

“Sebenarnya Cico tak kena sihir seperti yang disangka ramai. Namun sebenarnya, Cico diracun oleh kawannya. Kata doktor, ada beberapa jenis racun dicampur ke dalam gelas minuman Cico.”

“Kalau dari segi sains, racun itu amat beracun dan boleh meragut nyawa dalam masa empat jam. Namun dengan kuasa Allah, Cico diberikan umur yang panjang sampailah ke hari ini.”

Kisah ini berlaku beberapa tahun lalu, ketika Cico menghadiri majlis sambutan hari lahir seorang kenalannya.

Selepas minum air yang dicampur racun itu, Cico hanya ditinggalkan tanpa sebarang bantuan.

“Ketika kejadian, ingatan saya masih lagi jelas sampai sekarang, Cico muntah-muntah dan wajahnya penuh dengan darah. Lama dia terlantar sakit. Ketika itu saya hanya berserah dan minta petunjuk serta pertolongan dari tuhan yang maha esa.”

“Sampailah satu hari tu akhirnya Cico bangun, namun dia hanya diamkan apabila ditanya apa yang terjadi. Dia tak kenal saya malah tak kenal anaknya sendiri.”

Tentang keadaannya yang terkini, Uji Rashi akui anaknya masih lagi terkesan. Racun itu memberi kesan kepada otak, organ dalaman dan juga vocal chord Cico.

“Kini saya bersyukur Cico dah semakin pulih, namun begitu dia kini ada masalah pertuturan serta tidak lagi mampu membaca dan menulis dengan baik.”

Terkejut juga baca pendedahan dari Uji Rashid ini, ramai juga yang memberi respon nak tahu kisah selanjutnya dan adakah report polis dan siasatan ada dibuat tentang kes ini. Semoga Uji Rashid dan Cico Harahap terus diberi kekuatan.