“Doa kakak makbul..” Neelofa gembira melihat Ameera Khan berhijab

2,996 views

Little Miss Khan, satu nama yang cukup popular di kalangan pengguna laman media sosial.

Semua tahu, Little Miss Khan atau nama sebenarnya Ameera Khan ini merupakan adik kepada selebriti popular tanah air iaitu Noor Neelofa.

Populariti yang diraih oleh Little Miss Khan membuatkan remaja ini banyak menjadi bahan bualan para netizen.

Jika sebelum ini, penampilan Ameera Khan selalunya dilihat agak berani dan terdedah, kali ini satu perubahan telah ditunjukkan Ameera.

Menerusi satu foto yang dimuatnaik di laman media sosial miliknya, Ameera Khan dilihat telah memakai tudung.

Sejajar dengan pemakaian tudung, baju dan seluar yang dikenakan turut kelihatan agak longgar, sejuk mata memandang.

Ramai yang tertanya, adakah remaja ini telah berhijrah dan memakai tudung sepenuhnya. Apatah lagi ada satu caption dari Ameera Khan yang membuatkan ramai percaya dia kini sudah bertudung.

Ini tulis Ameera Khan: “Ini ialah hari pertama untuk perjalanan yang baru. Akhirnya, saya rasa begitu tenang dan amat lengkap. Syukur Alhamdulillah.”

Melihat perubahan adiknya, Neelofa dilihat ada menulis beberapa komen tentang hal yang amat baik ini.

Ini tulis Neelofa: “Alhamdulillah syukur sangat, Allah dah makbulkan doa kakak untuk baby (panggilan untuk Ameera Khan). Semoga tuhan akan sentiasa memilih kamu wahai adikku sayang. Doakan Ameera selalu.”

Melihat di ruangan komen ramai netizen dan followernya yang memuji kecantikkan Ameera Khan memakai pakaian sopan dan menutup aurat seperti itu.

Ramai juga yang medoakan agar Ameera Khan terus istiqamah dan dapat berubah secara perlahan-lahan ke jalan yang lebih diredhai.

Sehingga kini, gambar yang dimuatnaik oleh Ameera Khan ini menerima lebih 150 ribu tanda suka dan lebih dari dua ribu komen, yang kebanyakkan komen yang baik dan amat positif.

Doakan yang terbaik buat Little Miss Khan atau Ameera Khan untuk perjalanan barunya ini.