“Doa saya makbul” Izreen Azminda first time jumpa Intan Liyana

10,274 views

Izreen Azminda dan bekas madunya Intan Liyana Saleh akhirnya bertemu buat pertama kali. Mereka berdua berjumpa bertentang mata sempena rancangan Melodi Raya.

Pelakon ini berkata, dia telah memohon maaf sebanyak tiga kali kepada Intan Liyana ketika bertemu dengannya di rakaman Melodi itu.

Baginya, doanya telah dimakbulkan oleh Allah untuk bertemu dengan Intan Liyana dan mahu menjernihkan keadaan.

Syukur sangat, alhamdulillah. Ketika pihak Melodi tanya saya hal ini (untuk temukan Izreen dan Intan), saya cakap okay saja. Ini bukan untuk program tetapi jujur saya cakap, memang dah lama nantikan peluang seperti ini.

Kemudian saya dapat tahu, Intan pun setuju nak datang, saya rasa ini satu rahmat. Syukur doa saya dimakbulkan. Ini merupakan pertemuan pertama kami selepas 4 tahun.

Rancangan Melodi jadi orang tengah, dan dah realisasikan mahu bertemu Intan Liyana.

Bercerita tentang detika bertemu dengan Intan Liyana, Izreen Azminda mengatakan selepas saja nampak Intan sampai, dia terus menyapanya dan antara yang diungkapkan ialah permohonan maaf kepada Intan.

Saya mohon maaf tiga kali pada Intan. Apabila dia sampai, saya terus saja tegur dia. Semasa naik pentas untuk start rakaman, saya terus minta maaf padanya. Kali kedua semasa rakaman berlangsung, kemudian sebelum balik, sekali lagi saya minta maaf. Kemudian, kami ada bergambar bersama.

Diharapkan lepas ini semua baik-baik saja kerana saya dah minta maaf. Permohonan maaf itu ikhlas dari saya. Apapun selebihnya terserahlah pada Intan, samada nak maafkan ataupun tak.

Rancangan Melodi Raya ini boleh ditonton pada hari Ahad jam 12 tengah hari pada 16 Mei 2021.

Tentang keadaan dirinya, Izreen Azminda kini sedang mengandung lima bulan. Semasa di awal kehamilan, dia ada alami alahan yang agak teruk juga.

Bau minyak masak pun saya tak boleh nak hidu. Oleh itu, di awal kehamilan saya memang tak masak. Bila masuk fasa trimester kedua, barulah semua okey.

Untuk raya tahun ini, Izreen Azminda beraya dengan suami Ude Wahid, anak dan ibunya.