Doakan saya- Izara Aishah kini hamil 6 bulan

20,036 views

Pelakon Izara Aishah telah memberitahu bahawa dia bakal menimang anak pertamanya pada tahun baru, 2020.

Ternyata impian Izara yang mahu menjadi seorang ibu akan menjadi kenyataan. Pelakon cantik ini juga mendedahkan dia kandungannya kini dah pun mencecah enam bulan.

Menurut Izara lagi, dia baru berkongsi berita gembira ini sekarang kerana tidak mahu terjadi apa-apa yang buruk sewaktu di fasa awal kandungannya.

Pelakon ini juga mendedahkan bahawa dia dan suaminya telah pun merancang untuk menimang cahaya mata pertama mereka pada tahun 2020 kerana kekangan masa sibuk bekerja sebelum ini.

Disamping sibuk bekerja dia juga mahu menikmati masa berduaan dengan suami sebelum mempunyai anak. Kini Izara dan suami dah pun bersedia dan dia meluahkan rasa syukur doanya di makbulkan apabila hamil.

“Apabila dah sah hamil, tentu perkara ini sesuatu yang terlalu menggembirakan. Namun, saya simpan dulu kerana masih terlalu awal untuk kongsi pada umum. Apa sahaja boleh berlaku masa peringkat awal itu. Jadi sekarang ini merupakan waktu sesuai untuk berkongsi pada. Doakan semoga segala urusan dipermudahkan”

Jika sebelum ini ramai yang mengajukan soalan tentang zuriat kepada pasangan ini, nah kini dahpun terjawab.

Jelas menantu kepada Datuk Siti Nurhaliza ini lagi, dia semangnya bukanlah seorang yang suka berkongsikan hal berkenaan peribadi secara umum.

Apabila dia ditanya tentang perubahan yang berlaku pada diri serta alahan setelah mengandungkan anak pertamanya, dia memberitahu bahawa tidak mempunyai sebarang alahan pada peringkat awal.

Isteri kepada Adib Khalid ini juga mengharapkan agar proses kehamilan serta kelahiran anak pertama mereka akan berjalan dengan lancer dan dipermudahkan.

Izara Aishah kini memberitahu bahawa dirinya kini sedang berehat di rumah dan tidak terikat dengan sebarang pengambaran selepas selesai dengan drama terbaru siri Ombak Rindu.

Menurutnya lagi, walaupun merindui untuk aktif berlakon namun dia terpakasa berhenti sekita kerana suaminya tidak mahu dia berlakon dalam masa yang terdekat.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017. Tahniah buat Izara Aishah dan juga suami.