“Doktor bagitau can’t see anything between the legs” Perkembangan terkini baby Scha Alyahya

54,299 views

Pelakon Scha Alyahya dan pengacara terkenal Awal Ashaari telah diketahui ramai bakal menimang cahaya mata kedua mereka setelah Scha disahkan hamil pada tahun ini.

Dilabel sebagai baby pada musim PKP, kini usia kandungan Scha Alyahya telah pun masuk 6 bulan, lebih kurang 25 minggu, dah nak masuk ke fasa trimester yang terakhir.

Kalau dah masuk 6 bulan ni, selalunya dah boleh tahu gender baby dalam kandungan. Sekitar minggu ke 20, secara genetic, baby dah mula membentuk organ pembiakan.

Dalam perkembangan terkini kandungan Scha Alyahya, dia akui dah buat scan beberapa kali, dan doctor ada beritahu jantinanya.

Scha Alyahya nampaknya tak berniat nak sembunyikan gender baby nya dan buat masa sekarang, dia memang ada tanya doktornya jika pergi checkup.

Menerusi ujian imbasan yang dilakukan, doctor mengatakan, buat masa sekarang nampak seperti masih lagi tertutup.

Hal ini dinyatakan oleh Scha di laman media sosial miliknya, setelah ada peminatnya yang bertanya tentang gender anak dalam kandungan.

Honestly kita kalau boleh tak nak sembunyikan hal ini, ramai orang tanya hal ini. Sekarang ni, dah dua kali pergi check, tapi dia masih lagi tutup. Doktor kata you can’t see anything between the legs. Apapun, dia suka sorok, suka tutup dan cover muka dia, macam kakak dia, Lara Alana”.

Tambahnya, sebenarnya dia tak kisah pun kalau dapat anak lelaki ataupun anak perempuan. Dua-dua pun okey sahaja. Bagi Scha Alyahya yang paling penting adalah baby nya selamat dan sihat.

Saya jujur tak kisah kalau dapat baby boy atau baby girl, paling penting adalah sihat. Kalau anak perempuan pun okey, nanti we try another one. Kalau baby boy, Awal Ashaari kena fikir macam mana nak bawa anak main bola sepak”.

Apapun, Scha Alyahya akan buat pengumuman setelah doctor dapat buat pengesahan seratus peratus jantina anaknya nanti.