“Doktor beri peluang 50-50” anak Ali Puteh kini kritikal

4,236 views

Ini perkembangan terkini tentang peserta Maharaja Lawak Mega iaitu Ali dari kumpulan Puteh. Adik kepada Abam Bocey ini sedang diuji apabila anaknya ada masalah injap jantung terbalik.

Anak Ali Puteh telah pun menjalani operation selama 12 jam berkaitan masalah injap jantung terbalik dan kini anak kecil itu sedang bergantung pada mesin bantuan pernafasan.

Jelas Ali, doktor mengesahkan anak keduanya yang diberi nama Sharifah Nur Ainul Mardhiah telah ada masalah baru akibat dari komplikasi pembedahan. Kini paru-paru anak kecil itu pula ada komplikasi.

“Biarpun pihak pegawai perubatan yang merawat dan cuba sedaya upaya namun darah terlalu banyak masuk kedalam paru-paru anak. Kini Ainul bergantung pada mesin bantuan pernafasan 100 peratus.

“Doktor hanya beri peluang 50-50 saja. Saya hanya mampu doa dan harap semoga ada keajaiban daripada Allah”

Ali meluahkan perasaan sedih terhadap keadaan anaknya yang mengalami komplikasi pada paru-paru selepas selesai menjalani pembedahan injap jantung terbalik pada Isnin di Instagramnya.

Ini luahan Ali Puteh: “Salam semua, ni gambar pada pagi tadi sebelum adik Ainul bedah. Kali pertama kami dapat bergambar bersama sebagai satu family. Kepada yang tanyakan anak saya Ainul Mardhiah, jam 8pagi dah msuk operation dan selesai jam 8 malam. 12 jam tunggu, dengan rasa berat hati, anak saya ada mengalami komplikasi pada paru-paru dia. Sekarang ini Ainul hanya bergantung pada bantuan penafasan. Pihak doctor telah cuba sedaya upaya, kini semuanya bergantung pada bantuan pernafasan. Diharapkan ada sinar buat anak walid dan ibu. Harap ade keajaiban dari Allah yang maha esa. Doakan adik Ainul kuat.”

Anak Ali itu kini masih dalam pemerhatian dan dirawat oleh pegawai perubatan di Hospital Serdang. Melihat luahan dari Ali, orang ramai termasuk rakan selebriti tampil memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar anak perempuan Ali itu sembuh. Sama-sama lah kita doakan agar segalanya dipermudahkan buat Ali sekeluarga.

Ali merupakan salah seorang peserta Maharaja Lawak Mega bersama kumpulan Puteh, dan kali ini berganding dengan Mamak dan juga Man Raja Lawak.