Dua sebab utama kenapa Edika Yusof tetap setia menjaga isteri lumpuh

3,332 views

Apabila kisah tentang seseorang bermain kayu tiga tersebar, sudah tentu kisah Edika Yusof diangkat kembali. Edika antara suami yang paling setia dengan isterinya walaupun menerima dugaan yang amat besar.

Kini Edika yang berumur 53 tahun cekal dan setia menjaga isterinya, Norhidayah, 43 tahun, yang telah lumpuh. Kini dah 18 tahun mereka hidup bersama sebagai suami isteri.

Saya akan setia jaga isteri saya Norhidayah. Pada pendapat saya, sebagai seorang suami, saya akan cuba jalankan responsibility dengan sebaik-baiknya.”

Jelas Edika, ada dua perkara menyebabkan dia setia menjaga isteri. Baca komennya ini.

Bagi saya, perkara utama ialah rasa bertanggungjawab. Kemudian perkara yang keduanya ialah disebabkan perasaan rasa cinta dan juga kasih sayang kepada isteri.”

Edika berkata dia tetap bersyukur jodoh mereka panjang walaupun dengan keadaan isterinya yang kini tidak boleh berjalan.

Saya bersyukur sebab dipanjangkan jodoh kami dan Allah telah berikan kekuatan untuk lalui ujian-ujian.”

Sungguhpun isteri saya lumpuh separuh badan, dia sentiasa cuba beri yang terbaik. Anak-anak juga banyak beri bantuan.”

Semua insan di dunia ini ada dugaan masing-masing. Begitu juga dengan perkahwinan.”

Institusi perkahwinan merupakan tanggungjawab bersama, susah senang mesti sama-sama. Isteri adalah jodoh saya dan dia merupakan teman sejiwa, isteri bukanlah pembantu rumah.”

Saya dan isteri sama-sama buat semuanya bersama termasuk menjaga anak, kerja rumah dan kerja memasak.”

Tentang kisah kesetiaan seseorang suami, Edika tak mahu mengulas dan menilai seseorang. Katanya manusia biasa, tiada yang sempurna.

Apa yang boleh saya cakap, mungkin saudara kita (selebriti terbabit) ada isu yang tersendiri. Oleh itu, kita kenalah ambil ikhtibar dan sama-sama belajar dari kesilapan. Doa yang baik-baik. Siapalah kita ni nak nilai orang lain sebab kita pun tak sempurna.”

Sepanjang perkahwinan dengan Norhdayah, Edika Yusof mempunyai tiga orang anak. Norhidayah kena komplikasi meningitis ketika melahirkan anaknya dan kemudian disahkan lumpuh.