Dugaan Cik Manggis , tawaran berlakon ditarik balik sebab bertudung

2,024 views

Ramai yang happy bila melihat perubahan yang dibuat oleh penyanyi De Fam iaitu Cik Manggis yang kini dah memakai hijab.

Namun seperti biasa, dalam nak berubah kea rah kebaikkan, sudah tentu aka nada pancaroba dan dugaan yang hadir.

Itulah yang berlaku kepada Cik Manggis setelah ada pihak yang tarik semula offer berlakon kepada Cik Manggis setelah mengetahui dia dah memakai tudung.

Cik Manggis memlih untuk percaya bahawa rezeki itu adalah dari yang maha Esa dan redha dengan ujian yang menimpa.

“Ada offer yang secara tiba-tiba ditarik semula keana saya dah memakai tudung. Namun saya percaya hilang offer, yang lain akan ada yang datang. Untuk diri saya, tidak pernah ada kerisauan setelah memilih dengan imej baru ini.

“Rezeki semuanya diberi oleh Allah. Walau ada prob seperti job kena tarik semula, tapi saya rasa tenang saja dan redha. Saya kini sedang cuba baiki diri dan secara jujur penghijrahan ini buat saya rasa amat tenang. Yang paling utama, suami saya orang paling happy. Walau penampilan dah berubah namun saya tetap jadi diri sendiri”.

Membuat keputuasn untuk memakai hijab pada bulan Julai yang lalu, Cik Manggis akui dia bersyukur kerana menerima rezeki lain setelah dipilih sebagai duta produk. Ini merupakan kali pertama Cik Manggis diberi kepercayaan untuk mewakili sesuatu produk sejak mula aktif di bidang seni.

“Jika tanya tentang offer jadi duta produk ni, saya rasa macam nak menangis je. Selepas saya pakai tudung, saya ada doa supaya diberilah peluang jadi duta kerana selama lima tahun saya berada dalam industry, tidak pernah sekali pun saya di offer sebagai duta. Masa doa tu, saya emamng betul-betul percaya bahawa rezeki tu adalah milik-Nya”.

“Akhirnya tidak sampai satu minggu, saya dapat offer sebagai duta. Malah bukan satu offer tetapi dapat empat offer sekaligus pada waktu yang sama. Oleh itu setelah bincang, akhirnya saya pilih yang paling sesuai dengan imej baru saya ini dan menerima offer sebagai duta produk body wash Xorra”.

Nurshazwani nama sebenarnya Manggis, telah bernikah dengan pemain bola sepak Syazmin Amin pada 2014.

Share this on...