Dulu rasa kesian, bila buat video ni terus hilang kesian

29,210 views

Kisah mengenai rumah tangga pelawak, pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar dan isterinya Rossa Sera telah mendapat liputan banyak media. Ianya bermula setelah Rossa Sera membuka cerita di laman media sosial miliknya.

Rossa Sera memuatnaik beberapa foto dan video yang menunjukkan suaminya itu masih lagi dengan perangai lama iaiatu bermain kayu tiga.

Beberapa hari lepas, hubungan antara Sera dan Shuk dikatakan telah pulih setelah Shuk tampil memujuk isterinya dengan menghantar rombongan untuk meminang isterinya sekali lagi dan ianya dibuat secara langusng di laman media sosial.

Dalam perkembangan terbaru, Rossa Sera sekali lagi membuat ramai netizen di luar sana geleng kepala setelah dia tampil dengan satu video baru.

Netizen meluahkan rasa tak berpuas hati setelah Rossa Sera kini terus mempertahankan suaminya walaupun sudah dua kali suaminya buat hal.

Menerusi video yang dimuatnaik itu, Rossa Sera menjawa soalan dari orang ramai tentang mengapa dia kembali berbaik dengan suaminya.

Rossa Sera telah menyakan beberapa faktor dia menerima semula Shuk dalam hidupnya dan berkata suaminya itu adalah hak dan miliknya.

“Beranak ni bukan free, duit suami aku bukan suami kau, rezeki anak-anak Allah yang bagi. Suami saya adalah hak saya ye sis.”

Ramai netizen diluar sana meluahkan rasa kurang berpuashati dengan Rossa Sera sehingga ada melabelnya sama seperti Bella Astillah yang selalu saja terima kembali suami walauapun beberapa kali buat sesuatu.

“Selepas ini jangan lagi nak canang cerita rumah tangga kalau Shuk buat hal lagi, simpan sendiri.” Itu antara komen yang ditulis.

“Dia yang buka cerita dan dedah kisah suami sendiri kat laman sosial, lepas tu komen macam ni.” Tulis seorang lagi netizen.

Shuk dan Rossa Serra telah berkahwin sejak tahun 2015 dan mempunyai dua oraang cahaya mata.

Share this on...