Edit ke, netizen pelik tengok gambar Eina Azman, ini reaksinya

951 views

Datin Eina Azman kini kurang aktif dalam bidang lakonan. Namun begitu isteri kepada Datuk Paduka Kaiser ini begitu aktif di laman media sosial. Di instagram sahaja, follower Datin Eizan Azman dah cecah dua juta orang, memang amat popular.

Antara aktiviti paling popular Eina Azman sudah tentu video masakannya. Memang banyak resepi dan cara memasak yang dikongsi oleh Eina Azman yang jadi viral di Instagram.

Dalam perkembangan terkini, Eina Azman ada upload satu gambar dia bersama suami tercinta.

Namun gambar itu, dikatakan nampak lain sikit dan agak pelik. Dek kerana itu, ada netizen yang tertanya, adakah ianya satu suntingan?

Ini antara komen netizen: “Saya seorang sahaja ke Nampak macam pelik, baju kelihatan pelik, tapi maybe sebab cutting atau angle kamera kot.

Komen netizen lain: “Maaf kenapa di bahagian dada Nampak lain macam dan pelik sikit datin,” komen beberapa netizen di ruang perkongsian foto tersebut.

Seorang lagi netizen terus mempersoalkan: “Edit ke kat bahagian dada tu, lain macam, dah cantik tak payah nak edit”.

Melihat banyak komen tentang gambarnya itu, Eina Azman terus beri respon balas.

Katanya, dia langsung tak edit gambar tu, ianya nampak lain sebab rekaan baju berkenaan, dan juga posisi kamera ketika ambil gambar.

Ewah suka ye dapat dosa percuma. Sudah banyak sangat ke pahalanya tu. Kesian betul hidupnya selalu mahu negatif saje“.

Itu sebenarnya kamera angle dan design baju dia seperti tu. Bukan saya buat atau edit apa-apa pun, faham ye“.

Itulah respon dari tuan punya badan tentang gambar tersebut. Sehingga kini ianya menerima lebih 50 ribu likes.

Para peminat setia Eina Azman meminta pelakon berkenaan tak perlu nak respon kepada merek ayang suka komen negative dan focus pada yang positif sahaja.

Ramai yang tetap memuji kecantikkan Eina Azman, malah ada yang mengatakan rupanya bagaikan seorang puteri.

Share this on...