Ernie Zakri, Syamel umum kahwin tahun depan

12,556 views

Pasangan penyanyi popular, Ernie Zakri dan Syamel sebelum ni sering dikaitkan sedang jalin hubungan istimewa. Dan kini mereka dikatakan sedang rancang untuk bersatu sebagai pasangan suami isteri pada tahun depan.

Bagi Ernie, dia akui bahawa Syamel merupakan jejaka yang ada menepati ciri untuk jadi suaminya.

“Buat masa sekarang, calon suami merupakan jejaka yang kalian dah dengar. Jadi, doakan semoga semuanya dipermudahkan,”

“Dia mempunyai ciri suami idaman saya, namun, kami belum lagi nak kenali antara satu sama lain secara lebih mendalam. Yang pastinya, antara ciri utama Syamel ialah dia amat hormati ibu bapa saya”.

“Doakan semoga saya jadi nak tamatkan zaman single pada tahun depan lagipun umur saya dah 28 tahun, tahun depan jadi 29 tahun, Saya dapat rasakan memang dah patut tamatkan zaman bujang. Dengan izinya, doakanlah saya ye”.

“Perancangan untuk kahwin memang ada tapi sekarang saya berikan fokus utama saya pada family. Dalam family saya, hanya saya yg tak kahwin lagi. Oleh itu, saya nak jaga kedua-dua ibu bapa dan nak cari rezeki dulu.

Sementara itu, Syamel juga akui sedang rapat dengan Ernie Zakri, namun tentang kahwin, masih belum ada tarikh yang ditetapkan.

“Saya dan dia memang rapat. Saya amat selesa bila bersamanya. Kalau ada yg tanya dan usik hingga tentang kahwin, saya dan Ernie amat terbuka.

“Secara jujurnya, saya mmg harapkan kesudahan yang baik untuk kami berdua. Kalau ada jodoh anatra, tak lari gunung dikejar. Akan tetapi, belum ada pengesahan bila kami nak kahwin.

“Sekiranya semua dah jadi, nanti saya akan share info gembira ni. Saya tak sembunyikan hari bahagia kami”.

“Sebagai seorang lelaki, saya mestilah nak hati bersatu dengan wanita yang saya sayangi, mestilah terlintas fikirkan tentang hal ni”

Semoga segala urusan dan perancangan antara Ernie Zakri dan Syameel dipermudahkan dan bersatu sebagai pasangan suami isteri. Ramai nak tengok pasangan ni naik pelamin.