Erra Fazira beri hadiah, seronok Dato Awie sampai bertepuk tangan

1,731 views

Datuk Awie dan Erra Fazira satu nama yang pernah berada di puncak satu masa dulu dengan beberapa naskah filem yang hebat. Bukan setakat menjadi pelakon utama yang bercinta di dalam filem, malahan kedua mereka turut benar-benar bercinta di realiti dan telah bertunang pada tahun 1996.

Namun begitu, manusia hanya mampu merancang, mereka berdua tidak bertemu jodoh, dan akhirnya telah putus tunang tak lama kemudian.

Itulah kisah lama, sejarah hubungan antara dua bintang, Erra Fazira dengan Awie. Kini kedua mereka sedang bahagia jalani kehidupan masing-masing. Kedua mereka juga sudah berbaik semula.

Baru-baru ini, menerusi laman media IG, Erra Fazira ada muatnaik gambar dan video dia memberi hadiah kepada Awie sempena hari lahirnya pada bulan November.

Awie yang kini sudah masuk ke usia 52 tahun, ternyata amat gembira menerima hadiah dari Erra. Jom baca ucapan Erra Fazira.

Hadiah sempena belated birthday kepada kekanda saya yang budiman iaitu Dato Awie. Syukur alhamdulillah pelbagai onak duri telah berjaya ditempuhnya sehinggakan kekanda Dato Awie kini merupakan satu nama besar di dunia seni tanah air Malaysia”.

Tahniah juga diucapkan kepada Dato dan juga Datin yang bakal menrima kehadiran cahayamata tidak lama lagi. Semoga semua family akan berada dalam rahmat Allah. Didoakan agar berjaya dan bahagia dunia dan juga di akhirat”.

Mengimbau kembali selepas episode perpisahan putus tunang, Awie kemudian menjalin hubungan dengan pelakon dan penyanyi Arni Nazira dan mendirikan rumahtangga pada tahun 1998.

Erra Fazira juga telah berkahwin dengan penyanyi dan composer dari kumpulan KRU iaitu Yusry Abdul Halim pada tahun 2003.

Kedua mereka dikatakan tidak bertegur sapa selama lebih kurang 10 tahun selepas itu, sebelum kembali menjernihkan hubungan dan berlakon bersama.

Antara gandingan Awie dan Erra Fazira yang menjadi hit selain filem Sembilu ialah filem Maria Mariana dan juga Tragedi Oktober.

Share this on...