Ezlynn report polis, failkan saman terhadap dua akaun Facebook

2,060 views

Penyanyi Ezlynn semalam akui ada dipanggil oleh pihak SPRM berkenaan kes pengubahan wang. Ezlynn telahpun beri kerjasama dan merakamkan keterangannya.

Dan pada hari ini pula, Ezlynn telah buat satu laporan di Balai Polis Dang Wangi, dan tujuannya berbuat sedemikian adalah untuk menafikan pembabitannya dengan seorang pelakon dengan seorang lelaki yang yang telah viral baru-baru ini.

Kerana penyebaran dokumen berkenaan, Ezlynn juga sedang mengambil tindakan udang-undang dengan memfailkan saman terhadap dua pihak iaitu pemilik akaun Facebook bernama Ryan Ricmal dan juga page Jabatan Netizen Negara Official.

Jelas Ezlynn, dua page ini dikenalpasti yang telah upload dan viralkan dokumen berkenaan dan telah menjatuhkan imej serta maruahnya.

“Lepas membuat report polis, saya telah datang ke Balai Polis Damansara untuk jumpa Pegawai Penyiasat untuk rakam keterangan.”

“Pihak polis nafi dokumen berkenaan dari pihak mereka dan rasa hairan macam mana ia boleh tersebar secara meluas di laman media sosial. Apa yang saya buat ni sebabnya saya nak ambil tindakan saman.”

Jelas Ezlynn, pihak polis akan siasat kes ini dengan telus dan profesional agar keadilan dapat ditegakkan.

“Saya dah beri kenyataan dan sebelum ni dah ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Kenyataan yang lengkap dah dibuat untuk kes ini. Mereka semua berpuas hati dengan keterangan yang saya berikan.”

Tentang kes saman, Ezlynn berbuat sedemikian agar jadi pengajaran untuk tidak sebar benda yang tak betul.

“Tujuan saya adalah untuk pengajaran agar jangan ada pihak yang nak sebarkan perkara yang tak diketahui betulnya. Saya nak mereka semua minta maaf secara terbuka pada diri saya atau saya melanjutkan ke peringkat seterusnya iaitu failkan saman sivil.”

“Saya akan beri mereka peluang untuk minta maaf terbuka dulu dalam masa 48 jam. Selain tu, pihak terlibat kena delete semua status melibatkan nama saya.”

Ezlynn menambah ada seorang lagi pemilik akaun Facebook iaitu seorang wanita dari Perlis. Akan tetapi dia dah minta maaf dan kes dengan wanita itu dah selesai.