Family Noraniza Idris menangis baca komen Michael Ang

9,282 views

Noraniza Idris dan Michael Ang dilihat berselisih faham setelah pengarah hebat itu memberi komen yang agak pedas terhadap ratu irama Malaysia itu.

Michael Ang memberi pendapat peribadi terhadap nyanyian Noraniza Idris ketika di pertandingan reality Gegar Vaganza musim ketujuh.

Antara komen yang pedas dari Michael Ang adalah mengatakan suara Noraniza Idris sebagai sengau.

Akhirnya Noraniza meluahkan rasa kurang senang dengan komen-komen dari Michael Ang itu setelah ianya membuat emosi family nya terkesan dan terguris.

“Saya ni masih waras dan memang jarang melenting, sebelum ni pun saya tak bersuara. Namun selepas saya buat persembahan di semifinal GV7, family saya hubungi saya sampai ada yang menangis sebab terbaca kritikan dari Michael Ang”.

“Bila ianya sampai membuatkan hati family saya terguris, saya perlu cakap sesuatu dan saya nak jumpa dengannya”.

 “Oleh itu, bila jumpa dengan dia saya nak tanya jika dia ada idea yang baik untuk naikkan Irama Malaysia. Maybe dia ada idea yang bernas dan juga tips”.

“Matlamat saya untuk join GV7 adalah nak naikkan semula Irama Malaysia dan membawa genre ini ke pentas komersial. Namun, dia seperti nak lihat saya jatuh”.

Noraniza menambah dia boleh terima teguran tetapi ianya hendaklah membina dan menggunakan perkataan yang sesuai.

“Saya terima semua komen secara terbuka. Bila dapat markah rendah, saya akan jumpa juri dan tanya apa kekurangan saya untuk saya baikinya.

“Namun begitu, Michael Ang menulis komen guna perkataan yang tak sesuai. Sebagai orang berpengaruh, lebih baik tulis komen dengan berhemah.

“Komen-komen darinya seperti membuka ruang untuk netizen lain untuk mengecam dan menjatuhkan orang lain”.

Sementara itu, Michael Ang ada mengatakan dia hanya meyuarakan apa yang dia dengar ketika menonton persembahan Noraniza Idris. Malah dia komen semua peserta dalam GV7 bukan Noraniza Idris seorang sahaja. Sebelum ini pun Michael mengatakan dia pernah memberi komen yang positif tentang persembahan Noraniza Idris.