Farid Kamil pula cerita apa yang berlaku, bidas Zulhuzaimy

4,217 views

Sebelum ini, Zulhuzaimy ada membuat satu kenyataan yang agak kurang senang dengan tindakan Datuk Farid Kamil berkaitan sau filem tentang dunia permotoran.

Kini Farid Kamil yang merupakan seorang pelakon dan pengarah popular telah tampil buat satu kenyataan balas.

Lebih mengejutkan Farid Kamil mendakwa ada bukti dan rekod tentang Zulhuzaimy tak mahu ahli kelab Spark untuk turut serta dalam projek itu.

Farid juga telah menolak dakwaan membayangkan dia bak kacang lupakan kulit kerana ahli kelab itu ada membantu untuk kumpul dana bagi kes mahkamah.

“Sya sendiri biayai kos kes mahkamah itu dan hanya keluarga sya yg dibenarkan datang ke balai polis”

Ini penjelasan Farid Kamil lagi: “Tuduhan yg dilemparkan ke ats sy sgt melampau. Sy tak ketepikan ahli Spark tetapi Zulhuzaimy yang tolak mereka. Dalam pertemuan bersama Zulhuzaimy di pejabat penaja baru-baru ini, sa cdgkan bawa ahli Spark tapi Zulhuzaimy tak terima. Dia kata jgn kaitkan mereka dlm filem ni dan biar dia je berlakon”

Tentang skrip filem berkenaa, kata Farid Kamil, ianya adalh lanjutan dari filem Rempit yang diarahkan Ahmad Idham pada tahun 2006, iaitu 13 tahun yang lepas. Dalam filem itu, Farid dan Zulhuzaimy berlakon bersama.

Farid Kamil merupakan penulis asal dan dah mendapatkan hakcipta dari penerbit David Teo.

Katanya, dah selesai pohon dana dari FINAS, Farid kemudian cari tajaan FKX Film Sdn Bhd.

Pengarah ini tak pasti bagaimana boleh timbul isu pemilikan bagi filem baru dan sebagai pengarah Farid dapati skrip tak bersesuaian dengan filem aksi berdurasi 95 minit.

Kerana itu, skrip baru diperlukan dengan jalan cerita baru dan beberapa pelakon lama ketika filem pertama dihasilkan 13 tahun lalu.

Tambahnya lagi, dia ada offer Zulhuzaimy untuk jadi teraju dalam filem itu dengan bayaran tinggi akan tetapi telah ditolak.

Ini komen Farid lagi: “Sebenarnya sy cuba kembalikan semula Zulhuzaimy ke layar perak walau ditentang produksi. Patutnya dia tak cerita masalah dalaman ini dan terima tawaran yang diberi”.