Foto Baby Bump: Tasha Shila kini sah hamil 5 bulan

1,908 views

Satu berita gembira baru diterima yang mana pelakon cantik Tasha kini disahkan hamil anak pertamanya. Pelakon berumur 33 tahun ini telah mengesahkan hal ini menerusi satu pengumuman khas.

Tasha Shila dan suaminya iaitu Muhammad Atiq memuat naik satu kenyataan mengatakan anak dalam kandungan kini sihat dan telah pun masuk ke fasa trimester kedua.

Usia kandungan Tasha Shila kini sudah masuk 5 bulan ketika ini. Bagi kedua pasangan ini, mereka amat gembira dan menganggap ianya satu rezeki yang amat bermakna dari Allah.

Alhamdulillah syukur, saya dan suami nak buat satu pengumuman rasmi dan ianya tentang berita gembira, kehamilan saya yang kini sudahpun masuk usia lima bulan.”

Saya ingin pinta anda semua dapat doakan yang baik-baik agar bayi dalam kandungan ini sentiasa dilimpahi dan dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat sehingga ke hari kelahiran serta hari-hari selanjutnya, semuanya dengan izinnya.”

Secara jujur, saya terlalu gembira dengan orang sekeliling dan sahabat handai yang sentiasa mendoakan family saya bahagi selalu. Terima kasih dan semoga semuanya akan dimurahkan rezeki.”

Ini pula komen dari suaminya Muhammad Atiq: “A great adventure is about to begin. Thanks to everybody for the support and the. I will be a father soon in a couple of months and this truly is one of life’s greatest gifts from Allah. Harap dapat doa supaya bayi dalam kandungan diberikan kesihatan yang baik dan semua urusan akan dipermudahkan amin.”

Kedua pasangan ini telah uopload beberapa keping gambar kenangan yang menampakkan baby bump Tasha Shila. Jom layan beberapa gambar.

Pasangan sama cantik sama padan Tasha dan Atiq telah ini disatukan sebagai suami isteri pada tarikh 28 Februari yang lalu.

Share this on...