Foto: Daiyan Trisha, Ben Amir dilihat keluar sarapan berdua

6,278 views

Sekarang ini antara selebriti yang menjadi idola remaja di Malaysia ialah Daiyan Trisha dan juga Ben Amir. Kedua mereka ini masing-masing sedang mencipta nama serta dah mempunyai ribuan dan jutaan peminat.

Ada satu perkhabaran baik buat peminat untuk kedua-dua selebriti terkenal ini apabila mereka berdua telah dilihat keluar makan bersama di satu kedai makan.

Melalui laporan dari portal Gempak dot com, ada netizen yang ternampak kedua artis ini sedang duduk makan bersama di satu café di ibu kota. Ini gambar yang sedang tular.

Kedua mereka dilihat menikmati sarapan bersama-sama. Malah Daiyan Trisha dan juga Ben Amir ada muatnaik gambar makanan mereka di laman media Instagram masing-masing.

Memang jelas dapat dilihat meja latar belakang gambar makanan itu memang sama. Dari instastory itu, Ben Amir menulis perkataan hungry manakala Daiyan pula dilihat menulis not even hungry. Daiyan turut menulis ketika itu waktunya adalah sekitar jam 9 setengah pagi.

Banyak persoalan yang bermain setelah gambar mereka tersebar. Ada yang mengatakan mungkin mereka sedang dalam stage nak kenali hati budi masing-masing.

Ada juga berpendapat kemungkinan mereka sedang berbincang projek atau berkaitan kerja, semua boleh jadi.

Jika di teliti, kedua mereka memang dah follow instagram masing-masing, malah ada mengatakan sejak hujung tahun lalu lagi saling ikuti antara satu sama lain.

Daiyan Trisha merupakan popular sebagai pelakon dan juga merupakan seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu Inggeris seperti Stargazing, dan I Want To See You. Daiyan juga banyak cover banyak lagu dan pernah beberapa kali viral.

Ben Amir mempunyai ramai peminat sejak berlakon Sweet Dream dan drama Chandelier. Antara trademark Ben Amir ialah mempunyai rambut yang panjang dan cantik.

Kita tunggu nanti kenyataan dari kedua mereka, Daiyan Trisha dan Ben Amir tentang gambar berkenaan.

Share this on...