Gambar majlis nikah Zarina Anjoulie, ramai teruja tengok keluarga mertuanya

1,255 views

Zarina Anjoulie kini selamat menamatkan zaman solonya dengan jejaka bernama Eilyas. Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada hari Jumaat yang lalu di pejabat agama di Negeri Sembilan.

Pernikahan ini dibuat secara sederhana sahaja dan dihadiri ahli keluarga dan teman rapat.

Sebaik sahaja disatukan sebagai pasangan suami isteri, Zarina dan suami buat amjlis makan-makan secara sederhana di kediaman pihak lelaki. Rumah Zarina Anjoulie dan juga Yas memang dekat sahaja.

Setelah beberapa hari kahwin, Zarina telah muatnaik beberapa keeping gambar menunjukkan momen sebelum dan selepas bernikah dengan suami.

Antara gambar yang diupload ialah gambar ibu bapa kepada Yas, yang mana keduanya dilihat amat sopan, bapanya memakai jubah dan ketayap manakala ibu mertua memakai purdah. Ramai netizen yang suka dengan penampilan keluarga mertua Zarina ni. Ada juga yang memuji, keluarga mertua Zarina yang menerima menantu secara berlapang dada.

Zarina mengatakan dia sayang keluarga dari side sebelah suaminya. Ini komen Zarina yang lebih mesra disapa Anju.

Saya sangat sayangkan family saya. Terima kasih sangat dan syukur alhamdullilah. Ini family sebelas Yas. Saya sayang ibu bapa mertua Anju ni, rasa I’m truly blessed. Rasa nak menangis pula, bila baru balik je, terus nampak mak mertua sedang sibuk buat preparation, bunga telur utk majlis sanding saya dan Yas”.

Sementara itu, Zarina Anjoulie turut muatnaik gambar ayah kandungnya yang menjadi wali ketika majlis nikahnya dengan suami.

Kata Zarina, ayahnya itu dah menjadi yang terbaik buat dirinya dan juga anaknya.

Ini gambar Anju dan my daddy. The best father di dunia ini. Thank you for all the expensive lavish holidays ann expensive gifts. Tak lupa juga private school dan kolej. Memang saya dah berazam nak ganti semula semua itu. You have been such a good father dan juga the best atok to marten. Saya sangat sayang daddy”.

Setelah bergelar suami isteri, Zarina Anjoulie dan suami telah bercuti di ibu kota dan memilih Mandarin Hotel. Kemudian, Zarina ada belanja keluarganya makan di restaurant mewah Nobu di KLCC.

Apapun, tahniah buat Zarina Anjoulie dan Yas yang kini dah sah bergelar suami isteri. Semoga bahagia.

Share this on...