“Gambar, tulisan asal bukan dari saya atau Datin” Eyka, admin akaun Noorkartini

6,382 views

Admin kepada akaun media sosial ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed akhirnya tampil buat permohonan maaf secara terbuka.

Individu berkenaan bernama Eyka atau nama sebenarnya Zulshafiqah Binti Zulkalfi. Wanita ini berkata, dia meminta maaf sebab tersilap upload screenshot berkenaan Sultan Johor.

Eyka juga telah muatnaik satu kenyataan permohonan maaf dan menjelaskan keadaan yang berlaku.

Ini penjelasan dari Eyka tentang isu ini.

Surat pernyataan pemintaan maaf, saya dengan ini menyatakan permohonan maaf saya tentang isu yang telah viral di media sosial tentang tangkap layar di media sosial Instagram Datin Noor Kartini Noor Mohamed.

Tangkap layar berkenaan sebenarnya bertujuan untuk rujukan saya saja, tak ada niat untuk di upload di Instagram Datin Noor Kartini atau pun di Instagram milik saya.

Saya mahu jelaskan perkara sebenar bahawa gambar dan tulisan asal yang dipaparkan adalah bukan dari penulisan saya atau pun dari beliau, Datin Noor Kartini.

Kenyataan dan kerjasama secara penuh telah saya berikan kepada pihak polis untuk membantu selesaikan siasatan tentang isu ini.

Saya janji tak akan ulangi kesilapan ini dan minta maaf atas keralatan dan kesilapan yang telah pun terjadi.

Eyka telah meminta maaf kepada tiga penama iaitu kepada Yang Di pertuan Agong, kepada Sultan Johor serta keluarga diraja dan juga Noor Kartini dan keluarga.

Semalam, ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini menjadi bualan ramai setelah satu paparan di Instastory menunjukkan entry mempersoalkan tindakan Sultan Johor. Netizen dilihat kurang senang dengan entry berkenaan dan ianya telah menajdi viral.

Noor Kartini kemudian membuat laporan polis menyatakan entry berkenaan bukan ditulis olehnya sebaliknya dimuatnaik oleh admin yang menguruskan akan media sosialnya itu. Polis kini sedang menyiasat kes ini.