Gelar diri “kakak” kepada anak, Elfira kena sekolah dengan netizen

5,022 views

Pada tarikh 1 Oktober 2019 yang lepas, satu anugerah paling bermakna telah diterima oleh Elfira Loy dan juga suaminya, Faris Khairol Anuar. Anugerah itu adalah kehadiran cahaya mata sulung mereka. Sebagai pasangan suami isteri, sudah tentu kehadiran anak pertama amat membahagiakan, satu perasaan yang tak boleh dirungkai, memang teramatlah istimewa.

Seperti ibu bapa lain yang teruja dengan kehadiran anak pertama, Elfira Loy dan suami sering memuat naik pekembangan terkini anaknya itu.

Pelakon popular ini selalu upload foto dan video terkini yang menyimpan saat manis bersama anak sulungya, Muhamad Rayyan Khalaf. Malahan baby Elfira itu dah pun ada akaun Instagram nya yang tersendiri yang dah ada seramai 173 ribu follower. Kalau korang minat sangat dan nak ikuti gambar terkini baby Elfira boleh la follow akaun Muhamad Rayyan Khalaf ye.

Yang terkini, ada cerita sikit tentang Elfira Loy dan juga anaknya itu, kisah nya apabila pelakon ini ada upload gambar terbaru sedang kucup Muhamad Rayyan, tapi Elfira Loy akui ada panggil gelaran kakak kepada anaknya itu.

Kadangkala mulut masih tersasul panggil diri kakak, lol” Itulah yang ditulis oleh Elfira Loy bercerita bahawa dia masih tak percaya kini dah bergelar seorang ibu.

Namun, ada juga segelintir netizen yang tak senang apabila Elfira Loy bahasakan dirinya sebagai kakak kepada anaknya sendiri. Ialah maybe nampak tak berapa elok sebab taraf Elfira kan sebagai seorang ibu kepada Muhamad Rayyan.

Ini komen seorang netizen di IG Elfira Loy: “Semoga menjadi ibu yg baik, kurangkan sebut kakak kepada Rayyan tu. Seorang ibu tetap tarafnya ibu. Kalau orang luar nak berkata macam kakak tu biarlah mulut orang kan, asal bukan dari mulut dan terdetik dihati kita”

Apapun, mungkin Elfira hanya tersasul sahaja dan bukannya selalu panggil diri sendiri akak kepada anaknya itu.

Normallah, first time bergelar sebagai seorang ibu, memang kadang-kadang diri sendiri boleh jadi tak percaya dah ada anak. Dah sampai fasa ke seterusnya yang lebih mencabar dan penuh ranjau.

Apapun semoga Elfira dan juga keluarga terus bahagia dengan kehadiran cahayamata yang comel itu.