Genap 7 hari, Fad Bocey tayang wajah baby bongsu, comey sangat

2,351 views

Ahli kumpulan pelawak terkenal Bocey iaitu Fad telahpun selamat menimang anak keempat pada satu minggu yang lalu. Kini dah genap satu minggu umur baby bongsu itu, Fad Bocey telah mendedahkan wajahnya.

Nama baby boy, anak bongsu pasangan Fad dan Syaheera Rahman itu diberi nama Ibrahim Jibriel. Nama yang unik dan sedap.

Fad Bocey telah mendedahkan wajah Ibrahim Jibriel kepada umum semalam. Menerusi caption yang ditulis, sebagai seorang ayah, Fad amat berharap bahawa anaknya akan menjadi seorang yang soleh.

Pelawak ini turut ada menulis doa, dan memberi maksudnya, agar anaknya itu sentias diberi perlindungan.

“Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang. Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syetan, binatang mempunyai bisa dan mata-mata yang ada sifat dngki.”

“Salam semua, nama saya ialah baby Ibrahim Jibriel. Pada hari ini, umur saya dah masuk 7 hari saya lahir ke dunia ini. Harapnya dapat doakan saya agar menjadi seorang anak yang soleh dan selalu berada di dalam perlindungan Allah”.

Di ruang komen ramai yang menulis kata-kata pujian, mengatakan baby bongsu itu amat comel dan kacak. Ada juga memuji rambutnya amat lebat.

Antara artis yang turut dilihat menulis komen ialah seperti Dato Ac Mizal dan isteri, Tauke Jambu, Fakrul Unic, Aidil Aziz, Khai dan Rosma serta David Teo.

Diimbas kembali, Syaheera Rahman selamat melahirkan anak keempat itu pada 20 Oktober lalu di sebuah pusat perubatan Avisena Women’s and Children’s Specialist Hospital.

Pasangan Fad dan Syaheera disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 14 Mac 2015 dan mempunyai empat anak termasuk sepasang kembar lelaki, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang anak perempuan yang merupakan anak ketiga, diberi nama Nur Aminah Mishall. Tahniah buat Fad Bocey sekeluarga.