Good looking siblings, netizen puji kecantikkan adik Pu Riz

4,723 views

Jika berbicara tentang perkahwinan Neelofa dengan Haris Ismail atau Pu Riz, sudah tentu orang ramai lebih tertumpu kepada family Neelofa.

Maklumlah, Neelofa merupakan bintang terkenal malah family nya juga ramai yang dah mempunyai follower tersendiri walaupun bukan bergelar selebriti.

Kakak Neelofa, Noor Nabila mempunyai channel youtube yang agak famous bersama Rosix Omar.

Adik Neelofa, Little Miss Khan atau Ameera Khan pula merupakan seorang instafamous yang mempunyai lebih satu juta follower. Begitu juga dengan Athisha Khasn yang ada saluran youtube sendiri dan mempunyai ramai follower.

Jarang kita dengar tentang kisah keluarga sebelah PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail. Padahal family Haris ni bukan calang-calang juga sebenarnya.

Bapa Haris Ismail merupakan seorang ahli perniagaan yang disegani iaitu Datuk Seri Ismail Nobat.

Haris ni merupakan anak kedua dari tiga orang adik beradik. Dan baru-baru ini, untuk pertama kalinya, adik Haris telah muatnaik gambar bersama abangnya itu.

Adik Haris ni bernama Shakira Ismail. Menerusi laman IG miliknya, Shakira muatnaik satu keping foto bersama abangnya di hari bahagia Haris dan Neelofa.

Tak pernah upload foto bersama abangnya sebelum ini, ini kali pertama Shakira berbuat sedemikian.

Melihat adik kandung Haris, netizen tampil memuji kecantikkan adik kepada Haris itu.

Good looking sibling, abang kacak adik pun cantik. MasyaAllah.”

Ada juga yang mengimbas kembali kemesraan dan betapa rapatnya hubungan antara dua beradik ini.

“Inilah adik yang selalu duk kacau abang dia tengah tidur ni. So sweet this siblings.”

Manja dengan abangnya, masa abangnya tunang tu, Shakira ini lah yang menangis, comel betul.”

Itulah antara komen-komen yang ditulis oleh netizen tentang adik Pu Riz ini. Ini sedikit beberapa keping gambar Shakira.

Sebelum ini juga, Shakira pernah viral apabila memeluk Neelofa setelah pasangan ini bertunang pada tahun lalu.

Semoga Neelofa dan Haris akan sentiasa bahagia bersama semua family. Selamat penagntin baru diucapkan.